Utusan Borneo (Sarawak)

MyBHA N. Sembilan anjur konsert amal pada 11 Nov

-

SEREMBAN: Konsert amal ‘Garland of Songs’ anjuran bersama Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) Negeri Sembilan, Synson Music & Art dan Seremban Clarion Workshop akan diadakan di Auditorium Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Hua di sini pada 11 November ini.

Presiden MyBHA Negeri Sembilan, Suresh Armugam berkata konsert amal yang merupakan antara program tanggungja­wab sosial (CSR) persatuan itu adalah bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Beberapa rumah kebajikan dipilih sebagai penerima bantuan dan penghuni rumah kebajikan ini turut diberi peluang untuk mengikuti konsert ini. Kami mahu persatuan ini ( MyBHA) tidak hanya menumpukan kepada perkara berkaitan perniagaan semata- mata, tetapi turut sama membantu masyarakat.

“MyBHA Negeri Sembilan mahu memberi pengiktira­fan kepada masyarakat kerana merekalah banyak membantu industri perhotelan bajet,” katanya di sini semalam.

Katanya lagi industri perhotelan bajet ketika ini sememangny­a memberi pengiktira­fan kepada golongan kurang bernasib baik iaitu orang kurang upaya (OKU) dengan menyediaka­n kemudahan khas untuk mereka.

Sementara itu, pengerusi konsert amal itu, Alviz Foong berkata ini merupakan kali ketiga konsert amal tersebut dianjurkan dan kali ini ia menampilka­n sebanyak 21 kekuatan tenaga muzik tempatan bertaraf dunia dengan dipimpin oleh Lee Shiak Yao daripada Klang Chamber Choir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia