Utusan Borneo (Sarawak)

200 asnaf LZS terima sumbangan daging korban

-

KLANG: Seramai 200 individu asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor ( LZS) semalam menerima sumbangan daging korban menerusi program ‘Korban Perdana 2017 dan Journey To Jannah’ bersama pembayar zakat Selangor anjuran LZS di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Hussin Mohd Ali berkata daging korban itu merupakan sumbangan Persatuan Kakitangan Islam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Klang dan Triplc Berhad selain LZS sendiri.

“Sebanyak tujuh ekor lembu dikorbanka­n dalam program ini dan setiap asnaf tersebut menerima 2 kilogram daging korban.

“Menerusi program ini kita turut bergotong-royong menyembeli­h, melapah dan memasak daging korban tersebut,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut di Kompleks AnakAnak Asnaf LZS Bait Al-Hasanah di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Selan- gor ( MAIS) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengarah LHDN Negeri Selangor Romli A. Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Triplc Berhad Datuk Yusof Badawi.

Hussin berkata selain menunaikan tuntutan ibadah dan meraikan golongan kurang berkemampu­an, program itu juga bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara LZS dan pembayar zakat melalui aktiviti kemasyarak­atan terutamany­a membabitka­n penerima zakat di negeri ini.

Katanya, menerusi program itu LZS dan pembayar zakat turut menziarahi rumah asnaf fakir dan miskin di sekitar Klang bagi melihat sendiri realiti kehidupan golongan terbabit.

Sementara itu dalam program sama, LZS turut menerima zakat perniagaaa­n daripada syarikat Simply Packaging Sdn Bhd bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM62,000 manakala Sime Darby Property Berhad pula telah menyatakan perse- tujuan menyertai program ‘ Kasihku Zakat Selangor’ yang membabitka­n jumlah agihan semula zakat sebanyak RM335,696.

Program ‘Kasihku Zakat Selangor’ merupakan inisiatif yang diperkenal­kan LZS bagi membolehka­n syarikat berkaitan memohon agihan semula 3/8 atau 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat yang dikeluarka­n pada tahun semasa untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin yang berdaftar di sekitar Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia