Utusan Borneo (Sarawak)

SWM edar tong sampah beroda kepada penduduk FELDA Palong 4, 5 dan 6

-

GEMAS: Syarikat konsesi SWM Environmen­t Sdn Bhd (SWM) semalam meneruskan pengedaran tong sampah kepada penduduk di Felda Palong 4, 5 dan 6 dekat sini bagi memastikan perkhidmat­an syarikat itu dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan cekap.

Pengurus Wilayah SWM Negeri Sembilan dan Melaka Dr Al Ashari Othman berkata sejumlah 110 unit tong sampah beroda berkapasit­i 120 liter dan lapan unit tong sampah beroda berkapasit­i 1,100 liter diedarkan di sekitar kawasan itu bagi kemudahan pengusaha perniagaan dan penduduk.

“Lokasi peletakan tong sampah berkapasit­i 1,100 liter adalah di Dewan Orang Ramai Felda Palong 4, 5 dan 6 sebanyak satu unit, pasar awam Felda Palong 4, 5 dan 6 (dua unit) dan kedai D Mart (satu unit). Manakala bagi tong roro pula diletakkan di Pasar Tani Felda Palong 4, 5 dan 6 (satu unit),” katanya dalam kenyataann­ya semalam.

Katanya, penyeragam­an tong sampah beroda adalah tertakluk di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersiha­n Awam 2007 (Akta 672).

Katanya, tong sampah beroda yang diberikan secara percuma dapat mengurangk­an risiko lelehan air sampah ketika kerja-kerja kutipan sampah dilaksanak­an selain dapat mengelakka­n haiwan liar menyelongk­ar sampah.

Beliau turut mengingatk­an penduduk supaya melakukan pengasinga­n sampah kepada sampah dapur dan domestik dan kitar semula seperti plastik, kertas dan lain-lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia