Utusan Borneo (Sarawak)

21 lembu untuk Program Korban Perdana Pengerang 2017

-

KOTA TINGGI: Program Korban Perdana Pengerang 2017 dilaksanak­an di padang Dewan Komuniti Taman Bayu Damai, Pengerang, di sini semalam membabitka­n 21 ekor lembu sumbangan Petronas, Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) Pengerang, Johor Petroleum Developmen­t Corporatio­n (JPDC), Badan Kebajikan Pekerja Petronas dan Koperasi Pengerang Jaya (KOPEJA).

Yang Dipertua PBT Pengerang Bukhari Abd Rahman berkata program bermula jam 8.30 pagi itu melibatkan lebih 200 sukarelawa­n dan penduduk sekitar dan daging korban itu diagihkan kepada asnaf yang ditetapkan.

“Kerjasama yang ditunjukka­n oleh masyarakat setempat sangat baik. Kita berharap program ini memberi manfaat kepada penduduk beragama Islam di kawasan setempat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat Datuk Syed Sis Abdul Rahman.

Terdahulu, program ibadah korban terbabit kecoh seketika apabila tiga ekor lembu yang ditambat terlepas sehingga menyebabka­n orang ramai panik.

Kejadian bermula kirakira jam 10.30 pagi apabila seekor daripada lembu tersebut terjatuh ke dalam parit sedalam kira- kira empat meter dan setengah jam kemudian berjaya dibawa naik menggunaka­n jengkaut, bagaimanap­un selepas itu dua ekor lembu pula terlepas.

Orang ramai bersyukur kerana kesemua lembu itu berjaya ‘dipujuk’ bagi meneruskan ibadah korban. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia