Utusan Borneo (Sarawak)

Belgium sahkan tempat ke Piala Dunia 2018

Perancis tanggung aib apabila diikat tanpa jaringan oleh Luxembourg pada aksi kelayakan Ahad lepas

-

PARIS, Perancis: Gol Romelu Lukaku memastikan Belgium menjadi pasukan pertama dari Eropah yang mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 tetapi Perancis dimalukan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Luxembourg dalam aksi kelayakan Ahad lepas.

Lukaku menanduk satu hantaran lintang Thomas Meunier pada minit ke- 74 perlawanan di Piraeus untuk kemenangan 2- 1 yang menjamin mereka selaku juara Kumpulan H kelayakan Zon Eropah.

Semua gol dijaringka­n dalam tempoh lima minit dengan satu rembatan Jan Vertonghen meletakkan Belgium di hadapan pada mini tke- 70 tetapi Zeca mengikat kedudukan buat Greece sebelum Lukaku menjaringk­an gol kemenangan – gol ke- 10 beliau dari tujuh perlawanan – seminit kemudian.

Dengan baki dua perlawanan dalam kempen kelayakan, Belgium memiliki kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, Bosnia dan Herzegovin­a, yang menang 4- 0 ke atas Gibraltar dengan penyerangn­ya, Edin Dzeko menjaringk­an dua gol.

Belgium menyertai Brazil, Iran, Jepun, Mexico dan tuan rumah Rusia yang sudah mengesahka­n tempat di Piala Dunia 2018.

Dalam saingan untuk tempat kedua dan satu slot playoff terakhir kelayakan, Bosnia kini mempunyai kelebihan satu mata berbanding Greece dan em- p a t mata di hadapan pada perlawanan d i ma b e - l i a u t e r k - e n a palang l i m a minit sebelum rehat sementara tandukan Paul Pogba juga terkena palang pada lewat permainan.

Ia mungkin lebih buruk buat Perancis sekiranya rembatan pemain gantian Luxembourg, Gerson Rodrigues tidak tersasar pada minit ke- 79.

Ia kali pertama Perancis gagal mencipta kemenangan menentang Luxembourg sejak 1914 dan satu- satu saguhati buat Perancis ialah mereka kekal satu mata di hadapan Sweden di tangga teratas Kumpulan A dengan baki dua perlawanan.

S w e d e n , y a n g menewaskan Perancis 2- 1 pada perlawanan bulan Jun lepas, menewaskan Belarus 4- 0 menerusi gol Emil Forsberg, Christoffe­r Nyman, Marcus Berg dan tendangan penalti Andreas Granqvist.

B e l a n - da mengembali­kan peluang kelayakan apabila menewaskan Bulgaria 3- 1 di Amsterdam.

Davy Propper menjaringk­an dua gol, di antara gol Arjen Robben untuk mencipta kemenangan, membolehka­n Belanda memintas Bulgaria ke tangga ketiga, tiga mata di belakang Sweden, yang akan bertandang ke Belanda bulan hadapan.

Dalam saingan Kumpulan B, Switzerlan­d menduduki tangga teratas selepas mencipta kemenangan kelapan berturut- turut dengan menewaskan Latvia 3- 0 menerusi gol Haris Seferovic, Blerim Dzemaili dan tendangan penalti Ricardo Rodriguez.

Juara Eropah, Portugal, kekal kurang tiga mata di belakang Switzerlan­d selepas menewaskan Hungary 1- menerusi gol Andre Silva. Pada perlawanan lain, Croatia menewaskan Kosovo 1- 0 di Zagreb pada perla

wanan t e r - tangguh dari hari Sabtu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? Mbappe (tengah) diasak hebat oleh dua pemain pertahanan Luxembourg ketika beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Toulouse, Perancis Ahad lepas. BERBISA: Lukaku meraikan jaringanny­a ketika membantu Belgium menewaskan Greece di Stadium The...
— Gambar Reuters — Gambar AFP Mbappe (tengah) diasak hebat oleh dua pemain pertahanan Luxembourg ketika beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Toulouse, Perancis Ahad lepas. BERBISA: Lukaku meraikan jaringanny­a ketika membantu Belgium menewaskan Greece di Stadium The...
 ??  ?? GAGAL MENYERLAH:
GAGAL MENYERLAH:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia