Utusan Borneo (Sarawak)

Argentina ikrar kekalkan tekanan ke atas Chile

-

MONTEVIDEO, Uruguay: Lionel Messi dan Argentina akan cuba mengekalka­n tekanan ke atas Chile dengan kemenangan ke atas Venezuela hari ini ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan memasuki fasa terakhir.

K e m p e n h a m b a r menyebabka­n Argentina ketika ini di tangga kelima dengan baki tiga perlawanan, di luar slot empat kelayakan automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Ia bagaimanap­un memerlukan perubahan mendadak keputusan untuk memastikan Argentina dan Messi gagal ke Rusia.

Walaupun jika Argentina gagal layak secara automatik dan menamatkan saingan di tangga kelima, mereka masih menjadi pilihan untuk layak menerusi perlawanan timbal-balik playoff menentang pasukan kerdil dari Oceania, kemungkina­n New Zealand.

Namun, suasana muram menyelubun­gi skuad Argentina sepanjang kempen kelayakan bermakna mereka tidak memandang mudah perlawanan hari ini di Esta- dio Monumental di Buenos Aires.

Keputusan seri tanpa jaringan menentang Uruguay Montevideo Khamis lepas menyebabka­n Argentina kini berkongsi 23 mata dengan Chile, yang menduduki tangga keempat dengan kelebihan gol.

Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli, dijangka akan mengekalka­n sejumlah besar pemain yang bermula ketika menentang Uruguay, dengan Messi mengetuai tiga jentera serangan terdiri dari Paolo Dybala dan Maurco Icardi.

Javier Mascherano mungkin akan kembali selepas Gabriel Mercado digantung perlawanan dan Ever Banega mungkin menggantik­an Guido Pizarro.

Argentina dikecewaka­n oleh pasukan Uruguay yang bermain secara bertahan dan dengan Venezuela dijangka akan menggunaka­n taktik yang sama, Sampaoli menggesa pasukannya untuk bermain lebih agresif hari ini.

“Kami harus bermain dengan agresif di hadapan pintu gol lawan,” kata beliau.

“Kami harus memastikan pasukan mencapai kemenangan. Kami harus menang supaya Argentina boleh bermain di Piala Dunia di Rusia.”

Walaupun kecewa dengan keputusan seri, penyokong Argentina boleh berasa lega kerana Chile juga gagal menyerlah.

Chile, juara Amerika Selatan, hanya menduduki tangga keempat kumpulan selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA), memberikan mereka kemenangan 3- 0 ekoran keputusan seri tanpa jaringan menentang Bolivia kerana Bolivia menurunkan pemain yang tidak layak beraksi.

Chile akan menentang Bolivia sekali lagi di La Paz hari ini, satu perlawanan yang sukar untuk pasukan lawan kerana altitud tinggi yang memberi kesukaran untuk bernafas.

Kempen Chile tersentak apabila tewas 0- 3 kepada Paraguay di Santiago minggu lepas.

Pada perlawanan lain, Colombia, yang berada di tangga kedua kumpulan, akan menanti kunjungan Brazil, yang sudah mengesahka­n tempat ke Rusia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia