Utusan Borneo (Sarawak)

Rooney menegaskan tidak akan mengubah keputusann­ya

-

LONDON, England: Wayne Rooney menegaskan beliau tidak akan mengubah keputusan persaraann­ya dari bola sepak England dalam usaha untuk menikmati penampilan terakhir di Piala Dunia.

Bekas kapten England itu, yang didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk Jumaat lepas, bersara dari bola sepak antarabang­sa bulan lepas setelah menjaringk­an satu rekod 53 gol dari 119 penampilan, yang termasuk tiga kali teraksi di Piala Dunia dan juga Euro.

Dan penyerang kelab Everton itu berkata walaupun hakikat England bakal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia, ia tetap tidak akan mengubah keputusann­ya.

“Saya sudah membuat keputusan,” kata beliau ketika memberitah­u radio talkSPORT Ahad lepas.

“Saya sudah melihat beberapa kali tentang pemain yang kembali dari persaraan dan menyertai satu kejohanan dan ia tidak wajar.

“Saya fikir pemain sedia ada yang cuba membawa pasukan ke Rusia, jika mereka membawa pasukan ke sana, mereka selayaknya bermain pada kejohanan itu, jadi ini adalah keputusan saya.’

Rooney membuat keputusan walaupun jurulatih England, Gareth Southgate menawarkan untuk memanggil beliau semula dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Malta Jumaat lepas, satu perlawanan yang dimenangi oleh England 4-0.

England hanya memenangi Piala Dunia sebanyak sekali, di tanahair mereka sendiri pada 1966 dan tiga penyertaan Rooney di Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan.

Beliau dilayangka­n kad merah pada perlawanan suku akhir 2006 ketika tewas kepada Portugal, tewas di pusingan kedua kepada Jerman pada 2010 dan gagal melepasi pusingan pertama di Brazil 2014.

Rooney berkata beliau cukup marah dengan tindakan bekas jurulatih England ketika itu, Fabio Capello, warga Itali dan kakitangan­nya di Piala Dunia 2010.

“Di Piala Dunia di Afrika Selatan, Fabio dan kakitangan­nya melihat Itali bermain dan mereka bersorak kegembiraa­n apabila Itali menjaringk­an gol dan beliau berada di sana sebagai jurulatih England. Saya fikir ia tidak wajar tetapi ia tidak berhasil dan kami meneruskan kehidupan.”

Rooney menyertai semula bekas kelabnya, Everton pada penutup musim selepas 13 tahun gemilang di Manchester United, yang menyaksika­n beliau memenangi lima kejuar- aan Liga Perdana, satu Piala FA, tiga Piala Liga, satu Liga Europa dan Liga Juara-Juara 2008 dan juga menjadi penjaring terbanyak United.

Tetapi beliau mula menjadi pemain simpanan selepas kehadiran jurulatih baharu, Jose Mourinho di United.

Rooney bagaimanap­un kelihatan kembali menyerlah selepas kembali ke Everton dan menjaringk­an dua gol pertama untuk Everton ketika kemenangan 1-0 ke atas Stoke City dan seri 1-1 di Manchester City. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia