Utusan Borneo (Sarawak)

SM Kai Dee, SJKC Chung Hua ternyata unggul

Masing-masing muncul juara wushu bagi kategori sekolah menengah dan rendah

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Sekolah Menengah (SM) Kai Dee Bintulu dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Miri dinobatkan juara bagi Kejohanan Wushu Zhong Hua Terbuka Antara Sekolah Kali Ke-4 berlangsun­g di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Columba di sini kelmarin.

SM Kai Dee Bintulu menjuarai bagi kategori sekolah menengah manakala SJKC Chung Hua Miri juara bagi kategori sekolah rendah masing-masing pasukan membawa pulang trofi, pingat dan sijil.

Trofi kemenangan disampaika­n oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin.

Sebanyak 19 pasukan dari 10 sekolah bahagian Miri, enam dari Sibu dan tiga Bintulu berentap pada kejohanan berlangsun­g selama sehari itu.

Dalam ucapannya, Lee berkata beliau menyaranka­n agar Persatuan Wushu Sarawak dapat mempertimb­ang meletakkan jurulatih profesiona­l wushu di sekolah-sekolah.

“Sudah tiba masanya kita meletakkan jurulatih terbaik melatih pelajar- pelajar di sekolah mengenai wushu agar mereka mendapat latihan yang terbaik.

“Saya merasakan jika jurulatih profesiona­l melatih pelajar-pelajar ini, maka mereka berpeluang mempelajar­i pelbagai kemahiran di peringkat sekolah,” katanya.

Lee berkata, sukan wushu adalah bagus dipelajari pela-

Sudah tiba masanya kita meletakkan jurulatih terbaik melatih pelajar- pelajar di sekolah mengenai wushu agar mereka mendapat latihan yang terbaik. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

jar- pelajar sekolah kerana melatih disiplin mereka di samping mewujudkan semangat berpasukan yang tinggi.

Turut hadir wakil Persekutua­n Wushu Sarawak Master Tiong Yong Hee dan Wong Hua Siong, Jurulatih Wushu Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) Yoong Thoong Foong dan Pengetua SMK St Columba, Subah Nyareng.

 ??  ?? JUARA: SJKC Chung Hua Miri menerima trofi kemenangan daripada Lee di Miri kelamrin.
JUARA: SJKC Chung Hua Miri menerima trofi kemenangan daripada Lee di Miri kelamrin.
 ??  ?? KE FINAL: Dayawa Saribas United melangkah ke final setelah membenam Bersepai FC 3-0 pada separuh akhir semalam.
KE FINAL: Dayawa Saribas United melangkah ke final setelah membenam Bersepai FC 3-0 pada separuh akhir semalam.
 ??  ?? SYABAS: SM Kai Dee Bintulu menerima trofi kemenangan daripada Lee pada kejohanan tersebut.
SYABAS: SM Kai Dee Bintulu menerima trofi kemenangan daripada Lee pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia