Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Nice salahkan Barca ekoran kegagalan perpindaha­n Seri

-

PARIS, Perancis: Presiden kelab Nice, berkata kegagalan perpindaha­n pemain tengah, Jean Michel Seri ke Barcelona adalah berpunca kelab gergasi bola sepak Sepanyol.

Bercakap kepada stesen televisyen Perancis, Canal Plus Ahad lepas, Jean-Pierre Rivere berkata beliau menerima satu panggilan telefon dari ketua pengarah kelab pada 23 Ogos untuk memberitah­u bahawa Barcelona enggan meneruskan proses perpindaha­n.

Beliau menambah: “Sebelah petang, Josep Bartomeu (presiden Barcelona) bersuara dengan nada agak malu, berkata kepada saya: ‘Jean-Pierre, ini kali pertama berlaku kepada kami, kakitangan teknikal kami membuat keputusan tidak meneruskan pembelian Seri. Ia sememangny­a bukan masalah berkaitan dengan wang.’”

Kontrak Seri sudah disediakan, tambah Rivere, dengan laporan media Perancis berkata Nice akan menerima bayaran 40 juta euro dari perpindaha­n itu.

Angka tersebut adalah dari klausa pelepasan kontraknya.

Seri, 26, memberitah­u akhbar sukan Catalan, Mundo Deportivo di mana beliau menuding jari kepada Nice kerana kegagalan perpindaha­n itu dan berkata kelab menaikkan harga yuran pada saat akhir.

“Ia adalah jelas apa yang berlaku. Mereka berjanji satu perkara tetapi tidak mengotakan kata-katanya dan meminta lebih banyak wang,” kata beliau.

Pasaran perpindaha­n di Sepanyol berakhir Jumaat lepas setelah satu musim panas yang menyaksika­n Barcelona kehilangan Neymar kepada Paris Saint Germain untuk rekod dunia perpindaha­n 222 juta euro sementara Ousmane Dembele tiba dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindaha­n yang boleh mencecah 145 juta euro termasuk bonus. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia