Utusan Borneo (Sarawak)

Berikan sokongan padu kepada pembanguna­n sukan tchouckbal­l

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King menggesa sekolah dan pertubuhan belia di negeri ini memberi sokongan padu kepada pembanguna­n sukan tchouckbal­l.

Beliau berkata, tchouckbal­l adalah permainan baharu semakin popular kalangan anak-anak muda sejak kebelakang­an ini.

“Sekiranya sukan ini mampu dipupuk dan dimajukan dengan baik, kemungkina­n kita dapat melahirkan pemain elit dapat membantu negara memenangi apa-apa kejuaraan di peringkat antarabang­sa,” katanya pada perasmian Kejohanan Tchoukball Sarawak Edisi Ketiga di sini petang kelmarin.

Sebanyak 14 pasukan terdiri 104 pemain dari Singapura, Melaka, Kuching dan Sibu mengambil bahagian pada kejohanan tiga hari anjuran Persatuan Tchoukball Sarawak (STA) dengan kerjasama My- Centre dan Methodist Pilley Institute (MPI).

Tiong berkata, sukan adalah landasan ideal untuk belia dari latar belakang berbeza berinterak­si dan mewujudkan rangkaian.

“Peluang seperti ini penting menggalakk­an pemahaman sosial dan keharmonia­n kaum kalangan belia,” jelasnya.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) itu memberitah­u, kejohanan sukan juga boleh bertindak sebagai pemangkin mempromosi­kan gaya hidup sihat terutamany­a kalangan belia.

Terdahulu, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee yang juga Pengerusi STA berkata kejohanan itu diiktiraf Persatuan Tchoukball Malaysia (MTBA) sebagai acara kebangsaan.

Katanya, STA ditubuhkan pada 2013 dan sejak itu komited untuk membangunk­an sukan itu di negeri ini.

“Kami telah menganjurk­an Tchoukball Terbuka Sarawak julung kali pada 2014 dan kedua pada 2016. Kali ini pertanding­an ketiga dan kami sangat gembira dengan semua pemain dan penaja menjayakan penganjura­nnya,” ujar beliau.

Tchoukball dicipta di Switzerlan­d oleh Hermann Brandt yang bimbang dengan banyak kecederaan serius kalangan atlet akibat sukan melibatkan banyak kontak fizikal.

“Oleh itu, Hermann percaya sukan tidak hanya harus menjadi juara tetapi menyumbang kepada hubungan masyarakat lebih baik dan berperikem­anusiaan. Dia merancang tchoukball mengandung­i unsur-unsur bola baling, bola tampar dan skuasy,” jelas Hii.

Menurutnya, kebaikan sukan tchoukball ini adalah tiada sentuhan badan.

“Dalam permainan ini, tiada sasaran badan ia mempunyai sasaran sendiri. Dengan tiada sentuhan badan, peratus kecederaan dalam sukan ini agak rendah,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Tiong merasmikan Kejohanan Tchoukball Sarawak Edisi Ketiga di Sibu petang kelmarin.
RASMI: Tiong merasmikan Kejohanan Tchoukball Sarawak Edisi Ketiga di Sibu petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia