Utusan Borneo (Sarawak)

Nuansa selera labu sayong

-

IKAN purba kala sayong, tenggiri kepai udang kertas, rusuk kambing tongkat ali, wadai kiping gula kabong, ikan tongkol pindang daun senair serta asam pedas ikan tenggiri adalah antara makanan asli Perak yang menanti kunjungan pelanggan di Restoran Labu Sayong Signature di Ipoh, Perak.

Restoran berkonsepk­an rumah kutai iaitu rumah tua atau rumah lama masyarakat Perak sebelum 1900 itu terletak berhampira­n Bulatan Amanjaya di Meru di sini, diusahakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Eksekutif Chef Hospitalit­i dan Pelanconga­n PKNP Nazrie Shaaban berkata, restoran itu menawarkan lebih 50 menu di mana 70 peratus daripadany­a merupakan makanan tradisiona­l asli Perak manakala selebihnya makanan tradisiona­l negeri lain serta Timur Tengah.

Katanya pilihan menu dibuat oleh ketua tukang masak Zaharullai­l Ashari dan beliau sendiri kerana makanan tradisiona­l Perak mempunyai keunikan serta keistimewa­an tersendiri selain selari dengan selera masyarakat Melayu khususnya.

“Antara menu istimewa di sini ialah ikan purba labu sayong yang dicampur dengan 27 herba tempatan dan ikan yang digunakan ialah ikan siakap dibuang tulang dan digoreng serta bersoskan cili padi halia.

“Selain itu laksa Pulau Pangkor mempunyai keunikan serta rasa tersendiri dan ia merupakan menu kegemaran Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kami menyediaka­n makanan tradisiona­l ini dengan menambah baik rasa dan bahanbahan dalam masakan supaya mempunyai nilai persembaha­n makanan, sekali gus dapat menyajikan yang terbaik kepada pengunjung,” katanya.

Nazrie berkata, restoran itu turut menawarkan pelbagai hidangan pembuka selera, antaranya, wadai kiping gula kabong yang merupakan hidangan tradisi masyarakat Banjar, tepek pisang, sira pisang sate gamelan serai sebarang, cucur udang kak ros serta kerepek daun kesum yang pastinya dapat memenuhi selera pengunjung.

Katanya, restoran yang mula beroperasi sejak 17 Ogos lepas mempunyai lapan tukang masak berkemahir­an tinggi dalam menyediaka­n masakan tradisiona­l dan dibuka setiap hari bermula 11 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad dibuka mulai 11 pagi hingga 11 malam.

Restoran itu dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Industri, Pelaburan dan Pembanguna­n Koridor negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid baru-baru ini. RUMAH KUTAI

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PKNP Norlida A. Manaf berkata, pembinaan rumah kutai di Bandar Meru Raya merupakan tarikan terbaharu yang diusahakan oleh perbadanan dengan mempamerka­n keunikan dan keistimewa­an kesenian dan kraf tangan tradisi negeri Perak.

Katanya, pembinaan rumah kutai bertepatan kerana pembanguna­n bandar baharu yang berkembang pesat di Meru Raya dan merupakan kawasan strategik yang berhampira­n dengan Movie Animation Theme Park (MAPS), Hotel Casuarina serta Pusat Konvensyen Ipoh dan kawasan rekreasi Bulatan Amanjaya.

Norlida berkata, struktur asal rumah kutai tersebut tidak diubah serta dibina membabitka­n kos lebih RM200,000 setiap satu sekali gus memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri keunikanny­a tanpa perlu ke lokasi sebenar.

Rumah kutai dapat dilihat di sepanjang Sungai Perak terutamany­a di sekitar perkampung­an di Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Hilir Perak.

“Sambutan daripada pengunjung restoran ini amat menggalakk­an walaupun ia baharu dibuka khususnya pengunjung yang berkunjung ke Perak yang mahu merasai masakan tradisi Perak,” katanya sambil menambah harga makanan ditawarkan bermula dengan RM8.

Beliau berkata, PKNP akan membuka lebih banyak francais restoran berkonsepk­an labu sayong dengan mengetenga­hkan makanan tradisi Perak di seluruh negara tidak lama lagi.

“Sebagai permulaan, kami akan membuka restoran labu sayong di beberapa daerah di negeri ini.

“Dalam tempoh terdekat kami akan membuka sebuah lagi restoran iaitu Kafe Labu Sayong di Kompleks Silveritag­e di Medan Gopeng di sini yang berkonsepk­an kafe hipster,” kata Norlida.

Rumah kutai dibina berdasarka­n gaya seni bina rumah bumbung Melayu kepunyaan Tok Anjang Pelita yang merupakan seorang penghulu di Pasir Salak, daripada jenis rumah kutai anjung beranda yang dibina sekitar 1840-an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? MENGGAMIT RASA: diusahakan PKNP. Restoran Labu Sayong Signature berkonsepk­an Rumah Kutai berhampira­n Bulatan Amanjaya Meru yang KONSEP MENARIK: Eksekutif Chef Hospitalit­i dan Pelanconga­n PKNP Nazrie Shaaban (kanan) bersama Ketua Jurumasak Zaharullai­l...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama MENGGAMIT RASA: diusahakan PKNP. Restoran Labu Sayong Signature berkonsepk­an Rumah Kutai berhampira­n Bulatan Amanjaya Meru yang KONSEP MENARIK: Eksekutif Chef Hospitalit­i dan Pelanconga­n PKNP Nazrie Shaaban (kanan) bersama Ketua Jurumasak Zaharullai­l...
 ?? — Gambar Bernama ?? TAWARAN TERBAIK: Pengarah Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PKNP Norlida A. Manaf (lima kiri) bersama cef dan kakitangan Restoran Labu Sayong Signature.
— Gambar Bernama TAWARAN TERBAIK: Pengarah Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PKNP Norlida A. Manaf (lima kiri) bersama cef dan kakitangan Restoran Labu Sayong Signature.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia