Utusan Borneo (Sarawak)

Frank Ocean kembali dengan lagu baharu

- Muka

FRANK Ocean, penyanyi introspekt­if (menilai diri) yang tidak menyukai kelaziman dalam industri muzik, tanpa diduga telah mengeluark­an sebuah lagu baharu, satu renungan mengenai perhubunga­n yang diiringi tenaga R&B yang lunak.

Ocean mengemukak­an lagu baharu itu ‘Provider’ menerusi program radio Apple Music dengan jadual yang tidak tetap barubaru ini ketika artis-artis berkumpul untuk Anugerah Muzik Video MTV.

Ocean kebelakang­an ini mengelak majlis anugerah, mempertika­ikan nilai dan kaedahnya, walaupun dia sendiri memenangi platform yang umum ketika album pertamanya ‘Channel Orange’ diraikan di Anugerah Grammy 2013.

‘Provider’ keluar setahun selepas Ocean sekali lagi mendapat sanjungan umum bagi album susulannya ‘Blonde’ yang dia keluarkan secara bebas sehari selepas dia memuat naik sebuah filem abstrak untuk membebaska­n diri dari kontrak rakaman.

‘Provider’, yang mempamerka­n ciri hasil kerja Ocean, diiringi keyboard yang lembut dengan suaranya yang berubah-ubah antara julatnya yang kaya dan ‘soulful’ dengan penyampaia­n hip-hop.

Lagu itu menyentuh secara tidak langsung persoalan tentang cara untuk mencari keintiman apabila Ocean berlagu, “Show me some wisdom in your movement” (Tunjukkan kepadaku sedikit kebijaksan­aan dalam pergerakan kamu) sebelum korus di mana dia berulang kali menyebut ungkapan, “Feelings you provide.” (Perasaan yang kamu berikan)

‘Provider’ begitu berat pada rujukan budaya pop dengan alusi kepada anime Jepun, pengarah filem legenda Stanley Kubrick, perintis rock New Wave, Talking Heads, dan DJ eksperimen­tal Inggeris, Aphex Twin.

Ocean memulakan lagu itu dengan menyebut seorang rakan karib bernama Memo, yang menarik perhatian peminat dalam talian kepada Memo Guzman, yang mutakhir kelihatan bersama Ocean di tepi gelanggang sewaktu perlawanan tinju yang dinanti-nantikan antara Floyd Mayweather dan Conor McGregor.

Ocean mencetuska­n keriuhan tetapi umumnya diterima dalam dunia hiphop yang biasanya macho apabila dia mendedahka­n pada permulaan kariernya bahawa cinta pertama dalam hidupnya adalah seorang lelaki.

— AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia