Utusan Borneo (Sarawak)

Empat keluarga nikmati Program Baik Pulih Rumah

-

RANAU: Sebanyak empat rumah milik keluarga yang berdaftar dalam e-Kasih di Kampung Napong 1, kirakira 30 kilometer dari pekan, telah dibaik pulih daripada keadaannya yang uzur melalui peruntukan baik pulih rumah kerajaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Samin Sabati berkata, mereka yang menerima pembaikan itu ialah Jalidin Lakusin, Masturin Juhar, Huimin Sahidin dan beliau sendiri.

Majlis perasmian program pembaikan rumah yang dibuat secara bergotong-royong itu telah disempurna­kan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin sempena lawatan beliau pada majlis pemimpin bersama rakyat di kampung itu.

Menurut Ewon, kerajaan persekutua­n telah memperuntu­kkan sebanyak RM1.2 juta kepada negeri Sabah dan RM600,000 kepada Sarawak pada tahun ini untuk program membaik pulih rumah pen- duduk yang telah uzur.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM100,000 telah diberikan kepada Daerah Ranau di mana sejumlah RM40,000 telah dilaksanak­an di Kampung Napong 1.

“Kita sedar ramai lagi rakyat yang memerlukan peruntukan seperti ini dan kita akan berusaha dari semasa ke semasa untuk membolehka­n rakyat Sabah dan masyarakat Daerah Ranau khasnya memperoleh­i kemudahan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut menyampaik­an sijil penghargaa­n dan sedikit sumbangan kepada para penduduk kampung yang telah menyempurn­akan pembaikan pulih rumah berkenaan.

Antara yang hadir pada majlis itu, Setiausaha Politik kepada ADUN Paginatan James Ingguru, Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi, Ketua Pemuda UPKO Nasional Arthur Sen dan pemimpin setempat.

 ??  ?? BANTU: Sapawi dan Kamarlin membantu penduduk Kampung Lumadan menyempurn­akan ibadat korban.
BANTU: Sapawi dan Kamarlin membantu penduduk Kampung Lumadan menyempurn­akan ibadat korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia