Utusan Borneo (Sarawak)

Beri mandat kepada BN: Hamisa

Pastikan projek pembanguna­n dan kemajuan terus dilaksanak­an

-

TAWAU: Rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya lebih banyak pembanguna­n dapat dilaksanak­an untuk rakyat.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, kerajaan tidak bermain politik seperti pembangkan­g yang menabur fitnah, bercakap separuh benar tetapi rakyat tidak mendapat apa-apa.

Katanya, kerajaan BN memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memastikan projek pembanguna­n dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanak­an.

“Kerajaan BN mempunyai kemampuan untuk melaksanak­an agenda pembanguna­n negara namun memerlukan sokongan berterusan daripada rakyat untuk merealisas­ikannya.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab, kita mempunyai perancanga­n rapi dan agenda pembanguna­n yang menyeluruh untuk kebaikan rakyat negeri ini khususnya di daerah Tawau.

“Kerajaan BN mempunyai visi besar dan perancanga­n rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanak­an dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat pada PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jiran Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Merotai anjuran Jasa.

Hamisa yang juga ADUN Tanjong Batu berkata, program pembanguna­n yang dirancang di seluruh kawasan hanya dapat dilaksanak­an secara konsisten jika sokongan padu terus diberikan kepada kerajaan BN.

Jelasnya, sokongan padu rakyat khususnya dalam DUN Tanjong Batu menjadi pemangkin kepada kejayaan kerajaan menjadikan negeri dan negara ini maju serta dikenali negara luar.

Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai bantuan disedi- akan kerajaan untuk membantu meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an di negeri ini, termasuk kesihatan dan kebajikan.

“Sebagai rakyat, kita perlu berterima kasih dan terus memyokong kerajaan BN. Sesetengah pihak menghasut rakyat dan memburuk-burukkan kerajaan, meskipun kerajaan BN banyak mem- bantu dan mengutamak­an kebajikan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampu­an.

“Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaru­h dengan dakyah dan tohmahan pembangkan­g yang menabur pelbagai fitnah serta persepsi negatif melalui media sosial semata-mata untuk menjatuhka­n kerajaan sedia ada,” katanya.

 ??  ?? BERI MANDAT: Hamisa bersama masyarakat pada Program Jiran Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Merotai Tawau.
BERI MANDAT: Hamisa bersama masyarakat pada Program Jiran Mesra Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Merotai Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia