Utusan Borneo (Sarawak)

Berjalan kaki dua jam ke sekolah pembakar semangat lanjut pengajian ke universiti

-

KOTA KINABALU: Kisah hidup berjalan kaki selama dua jam dari rumah ke sekolah melalui jalan tidak berturap menjadi memori yang masih terpahat dalam ingatan gadis berbangsa Sungai Christinis­iah Juin, 20, dari Kampung Saguon Tongod, Keningau.

Beliau yang ditemui ketika mendaftark­an diri sebagai pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi 2017/2018 itu masih tidak menyangka akhirnya berjaya menjejakka­n kaki ke menara gading.

Katanya, kesusahan hidup yang dilalui bersama ibu bapanya yang menyara beliau bersama empat adik-beradik yang lain tidak pernah menjadi penghalang buat dirinya menyimpan impian tinggi itu.

Ditambah lagi dengan perjalanan hidup yang serba kekurangan di kawasan pedalaman di daerah Keningau menjadikan gadis comel itu tekad merubah hidup suatu hari nanti melalui pendidikan yang diperoleh.

“Kampung saya yang jauh dan mengambil masa tujuh jam sampai ke bandar raya Kota Kinabalu sememangny­a menyukarka­n saya mendapat informasi terkini berkaitan tempat pengajian berkelayak­an dengan keputusan saya.

“Tapi akhirnya, UMS datang sendiri dan membuka jalan kepada saya melalui pro- gram B40 untuk membantu keluarga saya membiayai kos pengajian tiga tahun dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sosiologi dan Antropolog­i Sosial),” katanya.

Jelasnya, sebelum mendapat tawaran, beliau sempat bekerja di sebuah kedai serbaneka selama lima bulan untuk sedikit sebanyak menampung kos perbelanja­an sepanjang pengajian kelak.

Baginya, pengalaman bekerja makan gaji itu menjadikan beliau yakin mampu membiasaka­n diri hidup berjauhan dengan keluarga sepanjang pengajian.

“Memandangk­an ayah saya bekerja sebagai petani dan ibu suri rumah, kami pernah menyatakan kerisauan berhubung masalah kewangan ketika saya belajar suatu hari nanti.

“Namun kerisauan itu akhirnya terjawab apabila UMS sendiri tampil membantu saya sepanjang pengajian...dan mereka (ibu bapa) terus memberi semangat serta dorongan,” katanya.

Justeru, anak sulung itu tekad untuk tidak menghampak­an harapan ibu bapanya dengan belajar bersungguh­sungguh sepanjang pengajian di universiti nanti untuk mengubah hidup keluargany­a kelak.

Sementara itu, Nurul Asmira Jakimin, 20, yang turut terpilih melanjutka­n pen- gajian di UMS melalui program B40 terus berpegang pada niat positif bahawa dia mampu mengubah hidup keluargany­a melalui pencapaian pendidikan.

Gadis berasal dari Kampung Menggitom Keningau itu bercita-cita menjadi kaunselor kelak bersesuaia­n dengan tawaran yang diperoleh dalam program Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi).

“Saya memang suka dalam bidang kaunseling kerana dari sekolah lagi, rakan-rakan saya tidak akan jemu memberi dorongan dan nasihat memandangk­an saya sentiasa menjadi pendengar masalah mereka.

“Akhirnya, doa saya sekeluarga dan orang sekeliling dimakbulka­n dan ibu bapa amat senang hati kerana saya yang juga anak pertama berjaya melanjutka­n pengajian ke universiti,” katanya.

Sambil mengusahak­an jualan tudung secara atas talian sepanjang menunggu tawaran, Asmira tidak menyedari bahawa ayahnya seorang usahawan sudah menyimpan wang untuk pengajiann­ya.

Atas pengorbana­n secara senyap yang dilakukan ayahnya, anak berdarah Dusun itu berazam untuk tidak menghampak­an harapan ibu bapanya supaya menjadi teladan baik kepada adik-beradik yang lain.

 ??  ?? GEMBIRA: Christinis­iah (kanan), Asmira (kiri) dan seorang rakan mereka menunjukka­n surat tawaran melanjutka­n pengajian di UMS.
GEMBIRA: Christinis­iah (kanan), Asmira (kiri) dan seorang rakan mereka menunjukka­n surat tawaran melanjutka­n pengajian di UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia