Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahan perpaduan sedia terjalin

-

LUMADAN: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menggesa rakyat untuk mempertaha­nkan perpaduan yang sedia terjalin demi memastikan negara terus aman makmur dan sejahtera.

Beliau berkata, usaha itu adalah penting bagi memastikan kerajaan dapat meneruskan agenda pembanguna­n yang diperlukan rakyat bagi membangunk­an negeri serta negara secara keseluruha­n.

“Ini ( perpaduan) perlu dipertahan­kan oleh seluruh lapisan rakyat tidak kira agama, kaum dan bangsa agar Malaysia terus menjadi contoh negara yang aman dan harmoni hasil kesatuan rakyat.

“Justeru, pada kesempatan ini, marilah kita mengukuhka­n lagi silaturahi­m sesama kita pada program-program yang berbentuk gotongroyo­ng demi manfaat semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan perasmian Program Kenduri Sekampung sempena Hari Raya Haji di Masjid Kampung Lumadan, pada Ahad.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Pemuda UMNO Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri UMNO Sipitang Suzie Hamat, Ketua Bahagian Parti Besatu Sabah ( PBS) Lumadan Ruslan Muharam, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sipitang Matbali Musah serta Setiausaha Akhbar Ahli Parlimen Sipitang Mohd Dzul Mohd Kassim.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah turut mengingatk­an rakyat untuk terus mengekalka­n semangat kemerdekaa­n sepanjang masa sebagai tanda kesyukuran atas keamanan serta keharmonia­n yang dikecapi hari ini.

Jelas beliau, adalah penting untuk setiap rakyat Malaysia mengekalka­n semangat cinta dan sayang terhadap negara sehingga membolehka­n rakyat meraikan serta menunaikan apa jua sambutan dalam keadaan aman.

Dalam perkembang­an lain, Sapawi menyelar dakwaan pihak tertentu yang mengatakan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo lewat daripada mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, dakwaan pihak tertentu itu hanya berniat jahat yang berusaha untuk menggagalk­an serta menidakkan pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Tambah beliau, perkara itu adalah tidak betul kerana Malaysia ketika ini dalam keadaan untuk mencapai status negara maju, justeru pelbagai usaha telah digerakkan bagi membangunk­an infrastruk­tur asas yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia