Utusan Borneo (Sarawak)

PAS Sabah dedah hasrat bertanding Parlimen Kalabakan dan empat DUN

-

TAWAU: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sabah mendedahka­n hasrat parti itu bertanding di Parlimen Kalabakan dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Pesuruhjay­a Pas Sabah Ahmad Dullah berkata, kesemua senarai nama calon sudah diserahkan kepada PAS Pusat termasuk untuk penilaian dan penentuan senarai akhir.

Pendedahan itu sekali gus menunjukka­n minat PAS Sabah bertanding di kerusi Parlimen Kalabakan, DUN Merotai, Tanjung Batu, Sebatik termasuk kerusi baharu DUN Kukusan.

“Kita sudah menghantar sekurang-kurangnya tiga nama calon setiap kerusi untuk dipertimba­ngkan PAS Pusat melibatkan muka lama dan baharu,” katanya.

Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan ditemui media semasa Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat anjuran bersama Lajnah Kebajikan PAS Pusat dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kalabakan di Kampung Tanjung Batu Keramat, di sini pada Ahad.

Menurutnya, PAS Sabah mempertaru­hkan muka-muka baharu yang majoritiny­a anak muda, selain muka lama yang turut dikekalkan, termasukla­h calon simpanan.

“Sama juga seperti semua parti lain yang turut yakin akan menang pada PRU, kita juga yakin akan menang ditambah lagi kita sudah memiliki banyak pengalaman.

“Kita yakin akan beroleh kemenangan tetapi semuanya bergantung kepada gerak kerja dan penerimaan masyarakat,” katanya.

Menyentuh mengenai program itu, beliau berkata acara julung kali diadakan itu dianggarka­n menerima kehadiran kira-kira 1,500 orang tanpa mengira fahaman politik.

Acara itu diharap akan menjadi motivasi PAS untuk terus berjuang kerana baginya parti itu bukan untuk ahli PAS sahaja tetapi milik semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

“Masyarakat Islam tanpa mengira fahaman parti politik turut bekerjasam­a menjayakan ibadah korban ini bukan hanya ahli PAS tetapi UMNO dan Warisan turut datang bersama.

“Ini adalah satu gabungan yang sangat unik,” katanya sambil mendedahka­n sambutan yang diterima untuk majlis korban itu sebagai baik dan mendapat sambutan ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia