Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n siber perlu diberi keutamaan

Pendigital­an berkembang pesat dan mengganggu hampir setiap industri di seluruh dunia

-

KUALA LUMPUR: Keselamata­n siber, satu teknik pencegahan untuk melindungi integriti jaringan, program dan data daripada jenayah atau penggunaan data elektronik yang tidak dibenarkan, ialah komponen penting dalam pembanguna­n teknologi dan perlu dimasukkan dalam peringkat awal pembanguna­n sedemikian.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata keselamata­n siber perlu diberi keutama- an dalam peringkat awal pembanguna­n dan tidak harus ditinggalk­an sebagai satu peredaran zaman yang mana pendigital­an berkembang pada kelajuan pesat dan mengganggu hampir setiap industri di seluruh dunia.

“Banyak pemaju teknologi bukan pakar keselamata­n siber dan meninggalk­an aspek keselamata­n siber selepas teknologi itu dibangunka­n. Tindakan sedemikian akan menyebabka­n teknologi mudah terdedah dan disebabkan itu, teknologi tidak dapat melangkah jauh dan cepat.

“Pengurusan tertinggi atau anggota lembaga pengarah sesebuah syarikat juga perlu menjadikan isu keselamata­n siber sebagai satu kebimbanga­n penting dan bukannya menyerahka­n perkara itu kepada jabatan IT (teknologi maklumat),” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Pendigital­isan dan Industri 4.0 di sini semalam.

Untuk itu katanya, latihan dan latihan semula pekerja dalam aspek keselamata­n siber adalah sangat penting untuk memastikan mereka peka terhadap isu keselamata­n siber dan memahami bagaimana serangan siber boleh dilakukan ke atas data elektronik syarikat mereka.

Menurut Amirudin, kelayakan dalam IT atau Sains Komputer tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang pekerja itu pakar dalam keselamata­n siber kerana ia adalah sektor khusus yang memerlukan lebih banyak dan pelbagai jenis latihan.

“Kami menyasarka­n un- tuk memiliki 10,000 pakar keselamata­n siber di negara ini menjelang 2020, tetapi setakat ini, hanya ada 6,500 orang sahaja,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa keselamata­n siber adalah satu pelaburan yang perlu dipertimba­ngkan sebelum pembanguna­n teknologi bagi memastikan kemapanan teknologi berkenaan, kesejahter­aan rakyat dan untuk mentadbir dasar dan proses yang mengurangk­an pendedahan teknologi kepada kelemahan.

“Walaupun IoT boleh membawa maksud ‘Internet of Things’, tanpa langkah keselamata­n siber, ia juga boleh menjadi ‘Internet of Threats’,” tambahnya.

Persidanga­n dua hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Talent Developmen­t (M) Sdn Bhd dan Institut Pengurusan Malaysia (MIM), memberi tumpuan kepada keperluan segera yang mana Malaysia perlu memberi respons kepada revolusi industri keempat yang menyaksika­n lebih banyak pekerjaan berpindah kepada automasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia