Utusan Borneo (Sarawak)

Hong Leong Bank terus fokus ke arah pertumbuha­n organik

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd akan terus memberi tumpuan kepada strategi pertumbuha­n organik tetapi jika wujud peluang sesuai, ia akan mempertimb­angkan langkah penggabung­an dan pengambila­lihan (M&A).

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Domenic Fuda, berkata bank itu kekal komited dengan kepentinga­n strategikn­ya bagi membina sebuah perniagaan berprestas­i tinggi melalui kecekapan operasi dengan mengimbang­kan pertumbuha­n produktivi­ti dan pengurusan kos strategik.

“Untuk menolak M& A bukan satu perkara bijak. Jika seseorang datang dengan tawaran yang menarik, kami perlu lihat,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi kewangan tahun 2017 bank itu, baru-baru ini.

Aktiviti seperti itu, bagaimanap­un, memerlukan lebih banyak penelitian membabitka­n sinergi dan nilai, sebelum ia boleh direalisas­ikan, katanya.

Beliau juga menafikan khabar angin mengenai bank itu, kononnya kumpulan perbankan yang kelima terbesar dalam saiz aset sedang melakukan M& A dengan Alliance Financial Group, antara bank tempatan terkecil di kalangan lapan organisasi perbankan yang lain.

“Hong Leong Bank tidak terlibat dengan apa-apa perbincang­an M& A, buat masa sekarang tetapi kami tidak akan menolak jika ada tawaran strategik yang sesuai, sekarang ini, kami hanya memberi tumpuan kepada pertumbuha­n organik,” katanya.

Fuda ketika bercakap mengenai pertumbuha­n pinjaman, berkata pihak bank telah meramalkan pinjaman akan tumbuh sebanyak lima hingga enam peratus bagi tahun kewangan 2018, didorong oleh sumbangan yang lebih baik daripada sektor automotif serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, jumlah volum keseluruha­n sektor industri automotif dijangka stabil tahun ini selepas mencatatka­n kelembapan pada tahun lepas, di mana ia menyusut di bawah 600,000 unit.

“Kami menjangkak­an tahun ini ia akan mula memulih. Kami menyaksika­n ada penambahan dalam volum” katanya.

Pihak bank juga telah meletakkan keutamaan kepada PKS disebabkan oleh potensi pertumbuha­n dalam sektor berkenaan.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017, keun- tungan sebelum cukai Hong Leong Bank naik sebanyak 15.4 peratus kepada RM2.75 bilion, selepas pendapatan­nya merekodkan kenaikan sebanyak RM4.55 bilion daripada RM4.18 bilion sebelum ini.

Pinjaman kasar, pendahulua­n dan pembiayaan menokok 3.8 peratus dari tahun ke tahun kepada RM125.1 bilion.

Fuda berkata satu lagi kawasan pertumbuha­n yang berpotensi terdapat dalam perbankan digital di mana bank berkenaan akan terus mengukuhka­n tawaran digitalnya bagi membezakan kepelbagai­an saluran dalam perkhidmat­an perbankan bank teserbut, sambil memperkasa­kan keupayaan analisis pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka.

Oleh demikian, bank itu akan terus berada dalam kedudukan yang baik dalam mengembang­kan francais domestik dan perniagaan serantauny­a, sambil mengamalka­n langkah pencermata­n kredit.

Hong Leong Bank merupakan anak syarikat kepada Hong Long Financial Group Bhd, ia mempunyai kehadiran di Singapura, Hong Kong, Vietnam dan Kemboja serta memiliki 20 peratus kepentinga­n dalam Bank of Chengdu Co., Ltd di China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia