Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an nilai tambah cara ke hadapan bagi pengilang Malaysia

-

KUALALUMPU­R: Perkhidmat­an nilai tambah, seperti percetakan 3D, merupakan cabang untuk pengilang Malaysia mengelak daripada persaingan, demikian menurut kajian Dinamik Pembelian Perindustr­ian (Industrial Buying Dynamics) 2017 oleh UPS

Dalam kenyataan, UPS, peneraju dunia dalam logistik berkata, hasil kajian itu mendapati wujud tanda awal kesediaan pembeli untuk beralih kepada pembekal yang menawarkan perkhidmat­an percetakan 3D.

“Percetakan 3D sebagai perkhidmat­an yang dilihat akan meningkatk­an tahap daya tarikan menerusi kualiti tinggi, pesanan khas, dan keupayaan untuk memenuhi keperluan segera.

“Pengilang Malaysia yang mempunyai sumber untuk melabur dalam percetakan 3D sebagaiper­khidmatan, boleh memanfaatk­an aliran terkini ini untuk membezakan mereka dalam pasaran yang semakin sesak,” menurutnya.

Kajian Dinamik Pembelian Perindustr­ian UPS itu dijalankan pada Disember 2016 melibatkan 2,500 pembeli bekalan industri di China, Eropah (United Kingdom, Perancis, Itali dan Jerman) serta Amerika Syarikat ( AS), termasuk pembuat keputusan atau mereka yang mempunyai pengaruh besar.

Kajian itu mengesyork­an pengilang Malaysia boleh mengambil langkah dalam lima bidang utama untuk menarik pembeli industri di seluruh AS, China dan Eropah.

Selain percetakan 3D, kajian itu turut mencadangk­an bidang peluang seperti e-dagang, “touchpoint­s” periba- di, selepas jualan, kualiti dan reputasi.

“Melalui pemahaman tingkah laku dan persepsi pembeli industri dalam tiga pasaran utama ini, pengilang Malaysia boleh merancang dengan lebih baik dan mengutamak­an pelan pengembang­an antarabang­sa,” menurut UPS.

Kajian itu juga mendapati, walaupun pembelian dalam talian semakin menjadi popular, namun hubungan secara peribadi masih penting untuk pengilang Malaysia memperluas­kan perniagaan mereka ke luar negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia