Utusan Borneo (Sarawak)

SPH akan jual pegangan dalam entiti Mediacorp pada S$18 juta

-

SINGAPURA: Singapore Press Holdings Ltd (SPH) baru-baru ini mengumumka­n cadangan penjualan 20 peratus pegangan dalam Mediacorp TV Holdings Pte Ltd serta 40 peratus pegangan dalam Mediacorp Press Ltd bagi S$ 18 juta (S$1=RM3.15).

Ia dijangka selesai pada akhir September ini.

SPH dijangka mencatat penurunan nilai hampir S$31 juta dari akaunnya susulan transaksi tersebut.

Penjualan yang dicadangka­n itu berikutan keputusan Mediacorp menamatkan edisi cetak surat khabar Today.

Dalam kenyataan, Pengarah Eksekutif dan bakal Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Ng Yat Chung berkata: “cadangan penjualan itu akan membolehka­n SPH menumpukan perniagaan media utamanya.”

Beliau berkata, televisyen bebas ke udara merupakan perniagaan bukan teras SPH dan penjualan pegangan dalam Today adalah susulan keputusan Mediacorp yang mahu menjadikan­nya produk digital sepenuhnya.

”Rasionalis­asiiniakan­membolehka­n kami menumpukan usaha untuk memenuhi pelanggan dan pengiklan kami melalui produk media yang kukuh di seluruh platform cetak, digital dan radio,” katanya.

SPH mempunyai 17 surat khabar yang memenuhi keperluan dan minat yang berbeza.

Selain akhbar harian utama dalam empat bahasa – The Straits Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu serta naskah percuma, The New Paper – terdapat juga akhbar The Business Times, akhbar Cina edisi petang, Shin Min Daily, dan keluaran pelajar, Lianhe Wanbao.

Memetik Indeks Media Nielsen 2016, SPH berkata, pada purata hari, 2.5 juta individu atau 59 peratus, yang berusia lebih 15 tahun, membaca satu akhbar keluaran SPH dalam bentuk cetakan atau platform digital.

Mediacorp TV Holdings memiliki Channels 5, 8, U dan Mediacorp Studios, manakala Mediacorp Press mengendali­kan akhbar Today.

Sebaik sahaja selesai, kedua-dua entiti itu akan menjadi anak syarikat milik penuh Mediacorp, menurut kenyataan bersama daripada SPH dan Mediacorp.

Ia adalah selepas 12 tahun sejak SPH membeli pegangan itu sebagai sebahagian langkah penggabung­an aset industri media pada 2005.

Sepanjang penggabung­an itu, SPH memindahka­n saluran televisyen kepada Mediacorp dan mengambil 20 peratus pegangan dalam Mediacorp TV Holdings.

SPH menggabung­kan akhbar percumanya, Streats dengan Today, dan membeli 40 peratus pegangan dalam Mediacorp Press, menurutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia