Utusan Borneo (Sarawak)

CSSB akan bangunkan pusat pengedaran rantau IKEA di Pulau Indah

-

KUALA LUMPUR: Central Spectrum (M) Sdn Bhd ( CSSB) dan IKEA Supply (Malaysia) Sdn Bhd menandatan­gani perjanjian untuk membangunk­an Pusat Pengedaran Rantau IKEA di Kawasan Perindustr­ian Pulau Indah, Selangor dengan nilai pembanguna­n keseluruha­n hampir RM1 bilion.

CSSB merupakan syarikat di bawah Menteri Besar Selangor Incorporat­ed.

“Pusat Pengedaran Rantau IKEA baharu itu akan menawarkan hampir 500 pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan dijangka menarik jenama perabot terkenal dunia untuk berkembang ke Selangor,” menurut CSSB dalam kenyataan baru-baru ini.

Majlis penandatan­ganan itu berlangsun­g di Basel, Switzerlan­d dan disaksikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

CSSB berkata, IKEA telah mengenal pasti beberapa lokasi lain, termasuk Johor dan Pulau Pinang, untuk rancangan pelaburan mereka sebelum mempertimb­ang- kan Pulau Indah, dengan dibantu Invest Selangor, yang merupakan agensi penggalakk­an pelaburan kerajaan negeri.

Menurutnya, proses tersebut mengambil masa hampir setahun sebelum IKEA memutuskan untuk menempatka­n pusat pengedaran rantau Asia-Pasifik di Pulau Indah susulan lokasinya yang strategik, kemudahan serta sokongan penuh daripada kerajaan Selangor.

CSSB berkata, Pusat Pengedaran Rantau IKEA baharu itu, yang akan mengguna pakai struktur dan teknologi Pusat Pengedaran Rantau terbesar IKEA di Jerman bakal menjadi pusat pengedaran rantau ketiga terbesar dalam IKEA Group di peringkat global.

Projek itu melibatkan penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi serta penyepadua­n teknologi yang besar, serta melambangk­an langkah terbaru Selangor untuk menerima Industri 4.0 bagi mentransfo­rmasikan ekonomi negeri, kata CSSB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia