Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai Panasonic naik 0.8 peratus kepada RM50.26 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Panasonic Manufactur­ing Malaysia Bhd pada suku pertama berakhir 30 Jun 2017 naik 0.8 peratus kepada RM50.26 juta berbanding RM49.84 juta pada suku yang sama setahun lalu.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, Panasonic berkata, pendapatan­nya meningkat 10.1 peratus kepada RM327.85 juta berbanding RM297.79 juta sebelum ini.

Menurutnya, pendapatan yang lebih tinggi itu disebab- kan jualan dalam pasaran eksport yang lebih kukuh bagi produk peralatan rumah dan kipas.

Jualan produk peralatan rumah berkembang 11.4 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas, terutama disebabkan kenaikan jualan ke Vietnam dan Asia Barat, katanya.

“Pasaran Vietnam menyaksika­n potensi pertumbuha­n yang baik dengan peningkata­n kuasa beli manakala persekitar­an ekonomi yang lebih baik telah menyumbang kepada jualan lebih tinggi di Asia Barat,” katanya.

Panasonic berkata, jualan kipas dan produk lain meningkat kira-kira 9.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.

Peningkata­n jualan dilihat kebanyakan­nya dalam jualan produk kipas berikutan pemulihan jualan di Emiriah Arab Bersatu, katanya.

Panasonic berkata, pendapatan eksportnya mungkin terjejas disebabkan ketegangan politik di Teluk Parsi walaupun tanda-tanda pemulihan telah dilihat di pasaran Asia Barat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia