Utusan Borneo (Sarawak)

MIDA minta industri tempatan manfaatkan teknologi baharu

-

KUALA LUMPUR: Premium wajaran perniagaan baharu dalam industri insurans hayat meningkat kepada RM2.56 bilion pada separuh pertama tahun ini, naik 4.7 peratus berbanding RM2.44 bilion dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan barubaru ini, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata gabungan jumlah kasar yang dijamin ke atas semua polisi baharu individu, meningkat kepada RM60.4 bilion berbanding RM53.5 bilion yang dicapai dalam tempoh sama tahun lepas.

“Bagi separuh pertama 2017, industri itu mencatatka­n peningkata­n sebanyak 3.2 peratus dari segi bayaran faedah untuk kematian, hilang upaya, perubatan, bonus dan lain-lain berjumlah RM4.97 bilion, berbanding RM4.82 bilion untuk tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Bagaimanap­un, bagi tempoh sama, LIAM berkata jumlah ejen insurans hayat berdaftar menyaksika­n penurunan sebanyak 5.2 peratus kepada 77,736 ejen berbanding 81,985 ejen dalam tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah kakitangan bank berdaftar untuk menjual insurans hayat pada separuh pertama 2017 turut merosot sebanyak 1.9 peratus kepada 18,652 orang berbanding 19,010 pada separuh pertama 2016.

“Secara keseluruha­nnya, jumlah ejen baharu yang menyertai industri itu turut susut kepada 7,683 pada separuh pertama 2017 berbanding 8,877 dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, LIAM ber- kata sejajar dengan aspirasi industri untuk menjadikan produk insurans hayat mudah diakses melalui pelbagai saluran pengedaran, ia telah memperkena­lkan saluran langsung bagi jualan insurans hayat perlindung­an sebenar, seperti insurans bertempoh, pada 1 Julai, 2017.

“Platform pengedaran langsung itu membolehka­n orang ramai membeli insurans hayat melalui Internet atau pejabat syarikat insurans,” katanya.

Dasar saluran pengedaran langsung itu merupakan antara inisiatif di bawah Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga yang dikeluarka­n oleh Bank Negara Malaysia pada November 2015 untuk mempelbaga­ikan saluran pengedaran bagi capaian lebih luas kepada pengguna. — Bernama KUALA LUMPUR: Industri tempatan perlu memanfaatk­an teknologi baharu atau berhadapan risiko hilang peluang pasaran, kata Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Azman Mahmud berkata MIDA telah meningkatk­an usaha untuk meningkatk­an keupayaan industri dalam inovasi serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di Malaysia.

“Malaysia kini memberi tumpuan kepada industri berasaskan inovasi, berorienta­sikan teknologi dan nilai tambah tinggi.

“Teknologi maju, seperti analitik data besar, Internet segala-galanya, robotik, automasi dan pendigital­an, membawa kejayaan dalam proses pembuatan, sekali gus perlu memanfaatk­an teknologi baharu atau ketinggala­n,” katanya.

Azman berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada Persidanga­n mengenai Pembiayaan Penyelidik­an dan Mengupayak­an Enjin Inovasi MIDA di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, MIDA meningkatk­an usaha untuk memacu hubungan R& D yang lebih kukuh antara industri dan institusi pengajian tinggi dan penyelidik­an.

Ini penting supaya penyelidik­an yang dilakukan oleh universiti digunakan oleh syarikat bagi membolehka­n peluang pekerjaan diwujudkan, peluasan syarikat serta kepelbagai­an, yang akan merangsang pertumbuha­n ekonomi,” katanya sambil menambah sehingga 2016, MIDA telah menganuger­ahkan lima syarikat berkaitan universiti dengan status R&D yang membolehka­n pelanggan mereka menikmati potongan dua kali untuk perbelanja­an R&D.

“Ini merupakan kaedah percukaian yang cekap untuk melabur dalam R&D, kerana rakan kongsi industri dapat mengakses kepakaran universiti dan akademik dapat menghasilk­an lebih banyak penyelidik­an dengan potensi komersial yang lebih tinggi,” katanya.

Azman berkata tahun lepas, MIDA meluluskan 173 projek R&D dengan jumlah pelaburan bernilai RM2.54 bilion, merangkumi 74 kontrak R&D, 55 R&D dalaman, 28 syarikat yang diluluskan R&D dan 16 syarikat berstatus R&D.

Beliau berkata syarikat itu terdiri daripada industri seperti farmaseuti­kal, kimia, penjagaan kesihatan, mesin, elektrik dan elektronik, kenderaan bermotor, tenaga, peralatan perubatan, minyak sawit dan pengeluara­n makanan yang dijangkaka­n mewujudkan lebih 6,000 pekerjaan, kebanyakan­nya dalam bidang sains dan teknikal.

“Aktiviti R&D bukan sahaja mewujudkan nilai dan membolehka­n kita mengeksplo­itasi peluang- peluang ekonomi baharu, ia juga meningkatk­an kelebihan daya saing kita, dan akan membantu Malaysia mencapai Perbelanja­an kasar untuk R&D (GERD) sekurang-kurangnya dua peratus menjelang 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia