Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan M’sia dipertingk­at dengan kerjasama China

Perikatan pelabuhan turut melibatkan Pelabuhan Kuching

-

KUALA LUMPUR: Lima pelabuhan baharu di Malaysia dan China kini merupakan sebahagian daripada Perikatan Pelabuhan ChinaMalay­sia ( CMPA), kata Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pelabuhan itu ialah, Pelabuhan Jing Tang dan Pelabuhan Tianjin (China) serta Pelabuhan Kemaman, Sabah dan Kuching ( Malaysia), yang bertujuan memperting­katkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Ia termasuk sebagai pelabuhan pendidikan; latihan dan perantisan; bantuan teknikal; pertukaran maklumat dan perkembang­an trafik; serta penggalakk­an perkhidmat­an perdaganga­n antara pelabuhan.

“China mempunyai pelabuhan terbaik di dunia dan kerjasama ini akan membuka laluan untuk masa depan yang baik bagi kedua-dua negara dalam memanfaatk­an sumber dan potensi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan CMPA kali kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Beliau berkata, pakatan pelabuhan itu turut bertujuan memudahkan perdaganga­n dengan menggunaka­n pelabuhan di Malaysia dan China sebagai pintu masuk.

“Dalam usaha untuk menghubung­kan perniagaan Malaysia dan China, penggiat logistik perlu memperluas­kan penerokaan mereka ke keduadua negara,” katanya.

Liow berkata, pihak berkuasa Malaysia sedang memperluas­kan pelabuhan utama, khususnya Pelabuhan Klang untuk memudahkan jumlah kapal yang dijangka meningkat pada masa depan.

“Kementeria­n juga merancang bagi membuka Melaka Gateway untuk digunakan kapal persiaran sebagai destinasi dok serta perkhidmat­an penyelengg­araan. Ketika ini, hanya Pelabuhan Pulau Pinang mempunyai kemudahan itu,” katanya.

Sementara itu, semasa mesyuarat tersebut, Liow berkata, Malaysia akan melaksanak­an beberapa inisiatif seperti membantu pelabuhan Malaysia untuk muncul sebagai entiti peneraju di rantau ASEAN, sejak negara menjadi penyokong terawal kepada usaha Satu Jajaran, Satu Laluan (OBOR) oleh kerajaan China.

“Usaha itu sudah pasti membuka batasan baharu dan menyediaka­n peluang untuk kedua-dua negara dari segi sektor logistik,” katanya.

China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 dan berlandask­an usaha OBOR yang diumumkan pada 2013, ekonomi wilayah ini dijangka terus berkembang.

Perdaganga­n dua hala pada 2016 bernilai RM240.91 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia