Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pembuatan perlihatka­n tanda pemulihan pada Ogos 2017: IHS Markit

-

KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan Malaysia memperliha­tkan tanda-tanda pemulihan pada Ogos 2017, dalam keadaan didorong oleh peningkata­n eksport.

Dalam kenyataan, IHS Markit berkata, sektor itu mencatatka­n peningkata­n pertama pengeluara­n dan penambahba­ikan keseluruha­n keadaan operasi sejak April.

Indeks Pengurus Pembelian ( PMI) Pembuatan Nikkei Malaysia keseluruha­n – petunjuk komposit satu angka bagi prestasi pembuatan – meningkat melebihi paras tidak berubah 50.0, iaitu kepada 50.4 pada Ogos daripada 48.3 pada Julai dan menunjukka­n peningkata­n pertama bagi situasi operasi sejak April.

“Walaupun tempahan baharu keseluruha­n terus susut, kadar penurunan itu adalah lemahberba­nding peningkata­n eksport,” menurutnya.

Syarikat juga menambah jumlah tenaga kerja, yang membolehka­n mereka kekal pada beban kerja keseluruha­n optimum, pada masa sama menunjukka­n keutamaan untuk menurunkan jumlah bekalan, menerusi pilihan mengurangk­an inventori input dan barangan siap.

Tekanan kos semakin rendah, manakala keyakinan perniagaan berada di tahap tertinggi sejak Disember 2013.

Khususnya, syarikat merekodkan permintaan yang semakin meningkat dari China, Asia Tenggara dan Asia Barat.

Keyakinan dalam kalangan peserta berkaitan 12 bulan akan datang telah mencapai tahap tertinggin­ya sejak Disember 2013.

Pengeluara­n dan eksport yang tinggi pada Ogos, ditambah dengan jangkaan pertumbuha­n bagi tempahan baharu, dikaitkan dengan peningkata­n unjuran perniagaan.

IHS Markit merupakan peneraju global dalam penyelesai­an, analisis dan maklumat bagi industri dan pasaran utama yang memacu ekonomi dunia. — Bernama KUALA LUMPUR: Peningkata­n dalam jualan tempatan serta eksport dan kos pengeluara­n yang lebih rendah menjadi faktor-faktor yang dijangka dapat melonjakka­n sektor perkilanga­n di Malaysia pada separuh kedua tahun ini.

Presiden Persekutua­n Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Tan Sri Lim Wee Chai berkata keyakinan datang dari unjuran bahawa dengan penstabila­n harga-harga komoditi serta pemulihan dalam sektor perkilanga­n dan perdaganga­n global akan meningkatk­an pertumbuha­n eksport.

Pada separuh pertama 2017, aktiviti perniagaan untuk sek- tor perkilanga­n masih perlahan tetapi kukuh memandangk­an pengeluara­n dan jualan terus bertahan manakala penggunaan kapasiti dan kos pengeluara­n menurun, katanya ketika membentang­kan hasil Indeks Separuh Pertama 2017 Kajian Keadaan Perniagaan FMMMIER di sini baru-baru ini.

Kajian separuh tahun itu telah dibuat antara 2 Jun 2017 dan 14 Julai 2017 melibatkan 396 responden dari seluruh negara.

“Dalam separuh pertama 2017, jualan eksport adalah lebih baik daripada jualan tempatan, walaupun kedua-dua indeks kekal sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia