Utusan Borneo (Sarawak)

Trinity Group yakin projek Trinity Lemanja dapat dijual sepenuhnya

-

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Trinity Group Sdn Bhd yakin projek pembanguna­n terbaharun­ya, Trinity Lemanja akan memperoleh kadar penerimaan yang baik dalam tempoh dua bulan daripada tarikh pelancaran pada 9 September.

Dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM320 juta, projek mengandung­i 583 unit kondominiu­m pada satu blok 40 tingkat itu akan dibina di tapak seluas 1.133 hektar di Kepong.

Pengarah Urusan, Datuk Neoh Soo Keat berkata, sasaran itu dipacu oleh hartanah jenis pegangan bebas, iaitu yang pertama di kawaan tersebut serta harga yang berpatutan antara RM450,000 dan RM550,000 seunit.

“Biasanya secara purata kami mencatat kira- kira 50 hingga 80 peratus kadar penerimaan hartanah kami pada peringkat awal pembanguna­n.

“Menjelang peringkat penyiapan, kami dengan mudah dapat menjual sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas pratonton media projek Trinity Lemanja di sini, baru-baru ini.

Projek itu juga mengandung­i rumah kelab di pinggir kolam untuk penduduk dalam ruang pembanguna­n 3,700 kaki persegi yang boleh diguna sebagai tempat perjumpaan bagi menganjurk­an pelbagai majlis.

Kemudahan lain termasuk dewan bankuet, ruang makan peribadi, kolam renang, kolam randuk, gimnasium di atas bumbung serta teres barbeku.

“Semua kemudahan ini selalunya boleh diperoleh pada hartanah mewah, tetapi saya menawarkan dalam kondominiu­m ini dengan sedikit kos tambahan. Ini adalah apa yang saya panggil kemewahan yang boleh dimiliki,” katanya dengan menambah sasaran pasaran adalah profesiona­l muda yang masih bujang serta ibu bapa yang membeli rumah untuk anak mereka.

Mengulas mengenai sentimen pasaran, Neoh berkata, Malaysia kekal berdaya saing walaupun persekitar­an ekonomi yang mencabar berikutan margin keuntungan yang lebih baik, disokong kos pmbangunan yang lebih rendah.

“Asas ekonomi masih stabil dan pasaran mempunyai kuasa untuk bertahan.

“Jika kerajaan boleh mengekalka­n cukai barang dan perkhidmat­an ( GST) pada enam peratus, saya berpendapa­t pasaran hartanah di negara ini agak munasabah berbanding negara lain yang mempunyai peratusan GST yang lebih tinggi,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia