Utusan Borneo (Sarawak)

Demi Rohingya, BBC Burma berundur dari Myanmar

-

BRASILIA: Satu kebakaran besar berlaku tengah hari kelmarin di kilang bas terbesar di Brazil, menurut pemilik kilang pembuat bas Brazil Marcopolo.

Ja b a t a n bo m b a mengarahka­n penduduk yang tinggal berhampira­n kilang di Caxias do Sul, di wilayah Rio Grande, untuk menjauhi MANAGUA: Seorang penyokong kempen utama menentang terusan antara lautan yang dirancang Nicaragua kelmarin mengakui ditahan selama 40 jam tanpa dakwaan di negaranya.

Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, Medardo Mairena menyatakan dia pulang ke Nicaragua dari Costa Rica untuk melawat anak lelakinya di hospital, sebelum ditangkap tanpa sebarang waran dikeluarka­n bagi penahanann­ya yang tidak melakukan jenayah.

Dia telah dibebaskan kelmarin dan pihak berkuasa tidak memberikan sebarang kawasan tersebut akibat risiko letupan, menurut syarikat.

Tiada laporan mengenai kecederaan di kilang tersebut.

Media Brazil menunjukka­n beberapa gambar kepulan asap hitam tebal dari kawasan itu dan melaporkan kebakaran bermula di bahagian plastik di kilang tersebut. — Reuters penjelasan lanjut.

Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua menyatakan, penahanan Mairena satu tindakan menindas bertujuan menakutkan sesiapa yang mempertaha­nkan tanah mereka daripada ancaman pelan terusan.

Nicaragua meminta firma China HKND untuk membina dan menguruska­n terusan bernilai AS$50 bilion itu.

Pihak aktivis menganggar­kan antara 30,000 dan 120,000 orang akan dihalau dari tanah mereka akibat pembanguna­n tersebut.

Mereka mencabar projek itu di mahkamah. — AFP YANGON: Perkhidmat­an bahasa Burma dalam BBC semalam menyatakan ia telah menarik diri dari satu perjanjian penyiaran dengan rangkaian televisyen terkenal Myanmar memetik alasan penapisan, dengan orang dalam menyatakan para rakan kongsi telah bertelagah mengenai liputan terhadap puak minoriti Islam Rohingya.

Pe n g u m u m a n it u merupakan pukulan terbaharu bagi kebebasan media yang berkecamuk di negara ini dan satu perubatan yang sangat ketara bagi sebuah organisasi berita yang dikenali memberikan perkembang­an terkini bagi pemimpin de facto

Myanmar Aung San Suu Kyi sepanjang beberapa tahun lamanya beliau dalam penahanan di rumah di bawah pemerintah­an junta.

Sejak April 2014, BBC Burma menyiarkan satu program berita harian di MNTV dengan seramai 3.7 juta orang penonton setiap hari.

Semalam pihak BBC menyatakan i a telah menamatkan perjanjian selepas MNTV menapis atau menarik balik beberapa program sejak Mac tahun ini.

“BBC tidak boleh menerima campur tangan atau penapisan terhadap program BBC oleh pihak penyiaran TV dengan kerjasama apabila ia bertentang­an dengan kepercayaa­n di antara BBC dan penontonny­a,” menurut satu laporan di dalam laman sesawang BBC Burma.

Kenyataan BBC tidak menjelaska­n kandungan yang ditapis dan MNTV tiada respons untuk komen lanjut.

Namun seorang pegawai dalam rangkaian tempatan menyatakan mereka menolak penggunaan perkataan ‘Rohingya’ oleh BBC dalam laporan mereka.

“Itulah sebab kenapa kami tidak boleh menyiarkan perkhidmat­an mereka,” menurut pekerja, yang me m i n t a na m a n y a dirahsiaka­n.

Rohingya adalah golongan minoriti Islam yang tiada negara di barat Rakhine di Myanmar yang berdepan dengan penindasan sekatan negara dan telah melarikan diri sejak beberapa tahun lepas.

Kebanyakan media antarabang­sa menggelar mereka sebagai Rohingya kerana komuniti itu telah lama dikenali dengan cara sebegitu.

Namun kerajaan Myanmar dan kebanyakan media tempatan menggelar mereka Benggali, menunjukka­n mereka sebagai pendatang haram dari Bangladesh walaupun ramai yang menetap di negara ini sejak beberapa generasi lagi.

Harapan adalah tinggi bahawa kerajaan baharu pimpinan ikon demokrasi Suu Kyi akan membawa kepada satu era untuk kebebasan bersuara ketika mereka merampas kuasa pada tahun lepas selepas separuh abad diperintah oleh tentera.

Suu Kyi telah dikurung selama beberapa tahun di sebuah rumah tepi tasik Yangon di bawah pihak junta namun biasa mendengar World Service dan cawanganny­a berbahasa Burma melalui radio beliau.

Namun sejak memegang kuasa dalam pilihan raya sengit, kerajaan diketuai oleh pihak awam sering berbalah dengan pihak media mengenai liputan mereka.

Dakwaan fitnah juga semakin menyasari para satira, aktivis dan wartawan media sosial.

Bahagian utama bagi perbalahan dengan media asing adalah liputan mengenai negeri Rakhine, yang berada di bawah serangan tentera sejak satu kumpulan kecil militan Rohingya menyerang kubu sempadan polis pada Oktober lepas.

Berpuluh ribu orang penduduk Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh sementara kumpulan pelarian Buddha yang lebih kecil telah menuju ke arah bertentang­an.

Pihak PBB mempercaya­i respon tentera terhadap serangan militan di Rakhine mungkin pembersiha­n etnik Rohingya.

Kerajaan Suu Kyi telah menafikan laporan mengenai kekejaman, menolak visa bagi pegawai PBB didakwa sebagai menyiasat dakwaan tersebut.

Mereka telah kerap kali mengecam liputan media antarabang­sa dan menyekat akses media ke wilayah yang dilanda peperangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KESAKSAMAA­N: Ratusan penduduk Muslim bersolat di hadapan kedutaan Myanmar di tengah Moscow, Rusia semalam tanda sokongan buat Rohingya.
— Gambar AFP TUNTUT KESAKSAMAA­N: Ratusan penduduk Muslim bersolat di hadapan kedutaan Myanmar di tengah Moscow, Rusia semalam tanda sokongan buat Rohingya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia