Utusan Borneo (Sarawak)

Hayati ibadah korban, kata Yusof

Terjemah penghayata­n melalui konteks demi agama, bangsa dan negara

-

LAHAD DATU: Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal mengajak umat Islam menghayati ibadah korban demi agama, bangsa dan pembanguna­n negara.

Beliau berkata, menerusi kefahaman dan penghayata­n terhadap peristiwa ibadah korban ia akan memberi banyak manfaat khususnya untuk menghadapi cabaran semasa.

“Kita perlu mengambil iktibar dari peristiwa korban yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail dengan menterjema­hkan penghayata­n itu melalui konteks pengorbana­n demi agama, bangsa dan pembanguna­n negara.

“Hari ini kita berhadapan pelbagai bentuk dugaan yang menuntut umat Islam lebih kuat dan bersedia menghadapi cabaran arus pembanguna­n global,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan penyerahan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha di pekarangan Masjid Ar-Raudah, di sini pagi Ahad.

Yusof turut menyeru agar rakyat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga kemakmuran dan keamanan dengan menyuburka­n sikap tolong-menolong, saling membantu agar hubungan silaturahi­m antara satu sama lain terpelihar­a.

“Melalui amalan ini, ia akan mengikis perasaan mementingk­an diri sendiri dan hasad dengki seterusnya mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat daripada mempengaru­hi diri dan masyarakat,” katanya.

Sebanyak 25 ekor lembu diagihkan ke seluruh bahagian Silam untuk dikorbanka­n sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Turut hadir pada majlis itu, Bendahari UMNO Bahagian Silam Sari Arshad, Bendahari Barisan Nasional Parlimen Silam Azman Asiman, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam Mahani Alan dan Pegawai Daerah Iman Ali.

 ??  ?? HAYATI IBADAH: Yusof menyerahka­n daging lembu kepada salah seorang penerima diperhatik­an Iman, Azman dan Sari.
HAYATI IBADAH: Yusof menyerahka­n daging lembu kepada salah seorang penerima diperhatik­an Iman, Azman dan Sari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia