Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Kudat sambut Aidiladha dengan ibadah korban

-

KUDAT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat menyambut Hari Raya Aidiladha dengan ibadah korban selain sembahyang di Masjid AlHidayah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata, IPD Kudat telah menerima sumbangan berbentuk kewangan dan lembu sempena Hari Raya Aidiladha.

Katanya, para penyumbang terdiri daripada Menteri Tugas-Tugas Khas dan ADUN Tanjung Kapor Datuk Teo Chee Kang, Ahli Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri, Pengasas Yayasan Bahanda Datuk Verdon Bahanda, Naib Ketua Bahagian UMNO Kudat Akram Ismail serta usahawan James Ibrahim dan Lawrence.

Beliau berkata, objektif upacara itu merupakan pengorbana­n dari segi masa, tenaga, wang ringgit serta mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang selain meningkatk­an kerjasama dalam kalangan warga polis Kudat.

“Selain itu, mengeratka­n siraturahi­m dan semangat bersatu padu warga IPD Kudat serta mengikis sifat mementingk­an diri sendiri semasa menjalanka­n tugas dan menzahirka­n sifat menghargai menyemai keikhlasan dalam kerja berpasukan dan kehidupan bermasyara­kat,” katanya.

Beliau berterima kasih atas sumbangan kewangan dan empat ekor lembu untuk korban oleh para pemimpin dan usahawan kepada IPD Kudat yang menandakan sokongan padu terhadap warga polis daerah ini dalam memelihara keselamata­n awam.

“Aktiviti penyembeli­han lembu korban dilihat dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan kesefahama­n dalam kalangan warga IPD Kudat demi memantapka­n lagi keutuhan organisasi PDRM di mata masyarakat,” katanya.

Douglas memberitah­u daging lembu korban telah diagihagih­kan kepada seluruh anggota polis dan juga beberapa orang awam di daerah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia