Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara Inspirasi Haji lawat perkhidmat­an Metro Mekah

-

MEKAH: Dalam kesibukan menjalani ibadah haji di sini, peserta Kembara Inspirasi Haji meluangkan masa untuk melawat operasi Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro - Southern Line (MMMSL) di Mina yang dikendalik­an oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Lawatan kira- kira 30 minit itu yang diketuai Pengarah Projek Khir Ariffin turut menemui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid.

Sambil memuji usaha para peserta kembara itu yang menaiki dua kenderaan sejauh 16,000 kilometer untuk menunaikan haji di Tanah Suci, Azmi berkata ia boleh dijadikan inspirasi buat rakyat Malaysia dalam mengharumk­an negara.

Sementara itu, Azmi turut memberi penerangan mengenai operasi tren itu yang dikendalik­an kira-kira 8,000 warga kerja Malaysia dan Arab Saudi.

Beroperasi sepanjang 24 jam, perkhidmat­an itu memulakan operasi dari 29 Ogos hingga 4 Sept bagi musim haji tahun ini dengan perkhidmat­annya hanya untuk jemaah dari Asia Selatan dan negara-negara Teluk.

Tahun ini adalah tahun ked- ua Prasarana mengendali­kan perkhidmat­an tren itu.

Perkhidmat­an MMMSL itu merangkumi 9 stesen dengan laluan sepanjang 18.1km meliputi Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Selain mendapat gambaran mengenai operasinya, peserta kembara juga berpeluang menaiki tren itu yang mempunyai 12 gerabak dari stesen Jamarat ( Mina 3) hingga stesen Mina 1 dan kembali ke Mina 3.

Selepas itu, peserta kembara turut bermabit seketika di stesen Mina 3 sebelum menyambung ibadah haji dengan melontar jamrah menjelang subuh Ahad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia