Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan abai penyokong PBS di Karanaan, Paginatan: Maximus

-

RANAU: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini diminta agar tidak mengabaika­n penyokong Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, PBS mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi di kedua-dua DUN Karanaan dan Paginatan walaupun ia diwakili oleh parti komponen BN yang lain.

“Saya menyifatka­n bahawa sokongan PBS di sini adalah sebagai aset kepada kedua-dua DUN di sini.

“Oleh itu, ahli PBS di sini tidak boleh diabaikan untuk memastikan kedua-dua Kerusi itu kekal milik BN,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Paginatan dan Karanaan di sini pada Sabtu.

Beliau juga menyeru kepada semua pemimpin PBS dan ahlinya untuk bekerja keras mempertaha­nkan perjuangan parti itu dan jalinkan kerjasama harmoni dengan komponen BN yang lain.

“Jangan terpengaru­h dengan propaganda yang disebarkan oleh parti pembangkan­g kerana mereka sentiasa mencari akal memburukka­n kerajaan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam, Ketua PBS Paginatan Datuk Dr Othman Minudin dan Ketua PBS Karanaan Danis Buik.

Maximus berkata, BN bukanlah sempurna tetapi lebih baik daripada mana-mana pakatan pembangkan­g yang ada sekarang.

“Saya yakin dengan sokongan dan kesatuan daripada ahli PBS, kita pasti mampu berhadapan semua cabaran yang bakal dihadapi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia