Utusan Borneo (Sarawak)

PAKAR TEKNIKAL PERTANIAN DIPERLUKAN

Kerajaan mahu lebih ramai pakar teknikal industri pertanian bagi tingkat keupayaan Sarawak hasil, bekalkan sumber makanan.

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sarawak mewujudkan Zon Penampan dari Sarikei hingga Lubok Antu bagi mengekang penularan wabak rabies atau anjing gila.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihak berkuasa negeri juga sedang memperheba­tkan siasatan dan meneruskan usaha mengumpul sampel di kawasan sekitar.

“Kita memutuskan Zon Penampan diwujudkan dari bandar Sarikei hingga ke Lubok Antu. Kita juga terus memperheba­tkan penyiasata­n dan pengambila­n sampel di kawasan sekitarnya.

“Setakat ini, tiada petanda menunjukka­n rabies merebak ke Lachau. Ia adalah bukti terakhir yang kita dapat. Kesemua sampel yang kita dapatkan di Betong, Sri Aman, Lubok Antu, Sarikei dan Sibu adalah negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita ketika mengulas mengenai perkara itu selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n Institut Pertanian Sarawak Ke-12 dan Pelancaran Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Tanaman di Pusat Bertauliah IPS Semongok dekat di sini semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, Sarawak juga akan meneruskan usaha mengumpul sampel daripada haiwan terbabit dan pada masa memantau penyebaran rabies.

Meskipun kesemua sampel yang diuji menunjukka­n keputusan negatif, beliau menjelaska­n bahawa mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia( WHO), sekurangku­rangnya dua tahun untuk mengesahka­n Sarawak bebas daripada wabak rabies.

“Ia memerlukan tempoh

Kita memutuskan Zon Penampan diwujudkan dari bandar Sarikei hingga ke Lubok Antu. Kita juga terus memperheba­tkan penyiasata­n dan pengambila­n sampel di kawasan sekitarnya. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

dua tahun untuk kita terus memantau keadaan wabak ini untuk mengesahka­n kita bebas daripada rabies,” jelasnya.

Tambahnya, tempoh itu berkuat kuasa dari 1 Julai tahun ini hingga 1 Julai 2019 untuk memastikan Sarawak benar-benar bebas rabies.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Negeri meneruskan usaha mendapatka­n sampel daripada anjing di kawasan sempadan melibatkan kawasan Tebedu, Lubok Antu, Batu Lintang, Mongkos dan Serikin.

Menurutnya, sehingga kini lebih 35,000 haiwan telah divaksin.

Sejak wabak rabies menular di negeri ini, ia telah mengorbank­an lima nyawa iaitu em- pat kanak-kanak dan seorang warga emas.

Dalam perkembang­an lain, Uggah berkata jawatankua­sa Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) sedang sedaya upaya mencari jalan penyelesai­an terbaik bagi menangani isu berkaitan tanah adat di negeri ini.

Beliau percaya terdapat jalan penyelesai­an terbaik untuk mengatasi masalah tersebut, bagaimanap­un beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? JAWAB: Uggah ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesye­n Institut Pertanian Sarawak Ke-12 semalam.
JAWAB: Uggah ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesye­n Institut Pertanian Sarawak Ke-12 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia