Utusan Borneo (Sarawak)

HSM LAWAS PUPUK KESEDARAN PENTINGNYA DERMA DARAH •

- Oleh Mastura Ismail

HOTEL

Seri Malaysia (HSM) Lawas terus menjalanka­n tanggungja­wab sosialnya dalam memupuk kesedaran mengenai pentingnya menderma darah sempena Bulan Kemerdekaa­n bagi menyelamat­kan nyawa orang yang memerlukan.

Pengurus Besar HSM Lawas Irnal Bahrun berkata, program yang pertama kali diadakan itu bertujuan untuk membantu mengisi tabung darah di hospital daerah bagi mengelak berlakunya kekurangan bekalan darah.

“Program ini adalah salah satu cara sumbangan bakti kepada masyarakat yang dijalankan dari semasa ke semasa pada masa akan datang bagi membantu pihak hospital daerah mengisi kekurangan tabung darah di hospital tersebut,” katanya di Lawas, baru-baru ini.

Katanya lagi, kempen derma darah wajar diadakan secara berterusan dalam menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

Pada masa sama ia memberi peluang kepada orang awam dan kakitangan HSM Lawas melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang memberikan manfaat ke- pada masyarakat terutama pesakit dalam kecemasan, para penghidap kanser dan mereka yang menjalani pembedahan.

Pada masa sama ia dapat memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat selain menimbulka­n semangat untuk membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti derma darah.

Program derma darah itu mendapat kerjasama daripada Unit Tabung Darah Hospital Besar Daerah Lawas. Seramai 30 penderma termasuk 10 kakitangan HSM menjay- akan kempen itu.

Turut sama ialah Pengurus Bahagian Sumber Manusia HSM Lawas Rasyidah Ladang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MENDAPAT SAMBUTAN: Kempen Derma Darah Merdeka dipenuhi para penderma yang menjayakan program itu.
MENDAPAT SAMBUTAN: Kempen Derma Darah Merdeka dipenuhi para penderma yang menjayakan program itu.
 ??  ?? SELAMATKAN NYAWA: Irnal (berdiri tujuh kiri) bersama para penderma pada kempen derma darah, baru-baru ini.
SELAMATKAN NYAWA: Irnal (berdiri tujuh kiri) bersama para penderma pada kempen derma darah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia