Utusan Borneo (Sarawak)

VINGADA GUNA ‘RAMUAN SENDIRI’ •

Mencari sentuhan penyudah Harimau Malaya berdepan Hong Kong malam ini

-

MELAKA: Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada menggunaka­n ramuannya sendiri bagi menemui sentuhan penyudah menghantui skuad bimbingann­ya untuk sekian lama menjelang aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong malam ini.

Sebagai permulaan, semua pemain perlu faham bahawa meledakkan gol melalui penyudah yang baik adalah tugas seluruh pasukan yang perlu bermain dengan baik dan menunjukka­n persefaham­an sebagai satu pasukan dan oleh itu, melakukan penyudahan bukan tugas penyerang semata- mata.

“Pemain- pemain telah beraksi dengan cukup baik dalam tiga perlawanan dan menunjukka­n peningkata­n tetapi apa yang tiada ialah penyudahan dalam pasukan.

“Saya percaya semua pemain termasuk penyerang adalah penjaring gol terbaik seperti Safiq Rahim (pemain tengah) adalah penjaring gol yang berbisa untuk kelabnya dan negara, jadi semua pemain harus memberi tumpuan sepenuhnya dari mula hingga akhir,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Aksi di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini ialah perlawanan keempat Harimau Malaya di bawah pimpinan Vingada.

Yang pertama ialah perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan yang berkesudah­an Harimau Malaya tewas 2- 1 sementara dua lagi perlawanan aksi persahabat­an menyaksika­n Harimau Malaya juga tumpas 2-1 kepada Syria dan Myanmar 1- 0.

Vingada berkata kirakira 99 peratus daripada pasukan di Malaysia menghadapi masalah penyudah dan beliau bimbang masa depan skuad negara jika tiada usaha dilakukan untuk mengatasi masalah itu seperti memperkena­l program pembanguna­n pemain.

“Sebenarnya, Malaysia mempunyai pemain- pemain yang handal dan kami mengalu- alukan mereka mewakili negara tetapi untuk menyediaka­n mereka dengan memiliki ciriciri penyudah yang tajam, mereka perlu diberi lebih banyak peluang untuk beraksi bagi meningkatk­an kemahiran dan keupayaan,” kata beliau.

Sementara itu, ketua jurulatih Hong Kong, Kim Pan- Gon berkata beliau bimbang terhadap strategi melakukan serangan balas yang agresif dan kawalan ketat oleh barisan pertahanan seperti yang telah dipamerkan oleh pasukan Malaysia.

“Kami sedang cuba untuk mentransfo­rmasi pemainpema­in untuk menjadi pasukan pasukan lebih proaktif dan mengasak, kami akan banyak melakukan serangan dan cuba menguasai perlawanan, kami perlu merancang dengan teliti untuk membolos pertahanan ketat Malaysia,” katanya. — Bernama

Pemainpema­in telah beraksi dengan cukup baik dalam tiga perlawanan dan menunjukka­n peningkata­n tetapi apa yang tiada ialah penyudahan dalam pasukan. Nelo Vingada Jurulatih Harimau Malaya

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SERIUS: Vingada (tengah) menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media di Bandar Hilir, Melaka semalam.
— Gambar Bernama SERIUS: Vingada (tengah) menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media di Bandar Hilir, Melaka semalam.
 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG: Dr Abdul Rahman bersama pemenang tempat pertama hingga keempat pada majlis penyampai hadiah Kejohanan Dart Terbuka Beregu BGS 2017 di Kuching kelmarin.
PEMENANG: Dr Abdul Rahman bersama pemenang tempat pertama hingga keempat pada majlis penyampai hadiah Kejohanan Dart Terbuka Beregu BGS 2017 di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia