Utusan Borneo (Sarawak)

Lokasi baharu hari jadi TYT

Diadakan di Dataran Perayaan, Jalan Stadium kerana terdapat kerja-kerja dilakukan di Padang Merdeka

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Perbarisan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Ke-81 pada 9 September ini, untuk pertama kalinya akan diadakan di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di Petra Jaya.

Sebelum ini, upacara tersebut sering diadakan di Padang Merdeka namun disebabkan terdapat kerja-kerja sedang dilakukan di Padang Merdeka, maka ia ditukar ke Dataran Perayaan.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perbarisan rapat raksasa tersebut akan bermula seawal jam 7 pagi yang disertai 81 kontinjen melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan budan kerajaan (NGO) dan pelajar sekolah.

“Upacara ini akan turut diserikan dengan persembaha­n padang oleh para belia kita termasuk program-program yang penuh warna-warni,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Sambutan Hari Jadi Ke-81 TYT di bilik mesyuarat Stadium Negeri di sini semalam.

Turut hadir Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang- Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Awang Tengah berkata acara seterusnya disusuli dengan istiadat pengurniaa­n darjah kebesaran negeri oleh Yang di-Pertua Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) pada jam 11 pagi.

Manakala pada sebelah malam katanya, orang ramai akan dihiburkan dengan konsert di Dataran Perayaan oleh penyanyi- penyanyi terkenal tempatan dan dari Semenanjun­g Malaysia seperti Azharina, Bob AF, Ricky Andrewson dan ramai lagi.

Tambah beliau, turut akan diadakan ialah pertunjuka­n bunga api dan Dapur Sarawak yang mempromo- sikan makanan tempatan negeri ini di sekitar Dataran Perayaan.

Terdahulu, Awang Tengah mengajak orang ramai bersama- sama menyertai Majlis Doa Selamat sempena di Masjid Jamek bermula jam 5.30 petang pada 8 September ini.

Manakala pada 10 September, beliau berkata akan diadakan majlis jamuah teh di Hotel Waterfront yang turut diselitkan dengan acara penyampaia­n sumbangan kebajikan kepada kira-kira 200 orang yang memerlukan.

Pada masa sama, katanya turut diadakan Pameran Dirgahayu dan Raja Kita di Atrium Plaza Merdeka yang diadakan serentak, juga sempena Hari Keputeraan Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Upacara ini akan turut diserikan dengan persembaha­n padang oleh para belia kita termasuk program-program warni.” yang penuh warna- Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Awang Tengah (dua kiri) mengadakan sidang media di bilik mesyuarat Stadium Negeri, Petra Jaya semalam. Turut kelihatan Dr Jerip (kiri), Julaihi (dua kanan) dan Hasidah (kanan).
SIDANG MEDIA: Awang Tengah (dua kiri) mengadakan sidang media di bilik mesyuarat Stadium Negeri, Petra Jaya semalam. Turut kelihatan Dr Jerip (kiri), Julaihi (dua kanan) dan Hasidah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia