Utusan Borneo (Sarawak)

Enam ditahan bantu siasatan kes mendatangk­an kecederaan, khianat

-

SIBU: Polis menahan lima orang lelaki dan seorang wanita bagi membantu menyiasat kes yang disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan dan khianat ke atas kenderaan.

Ketua Polis Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata semua suspek berusia antara 31 hingga 49 tahun.

Katanya dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang di Jalan Khoo Peng Long di sini seorang lelaki luka di dahi, muka dan beberapa bahagian kepala selepas terbabit dalam insiden pergaduhan.

“Sebelum insiden pergaduhan tersebut, mangsa dilaporkan datang ke lokasi kejadian mengambil telefon bimbit yang dipinjamka­nnya kepada seorang wanita pada 28 Ogos lalu selepas mendakwa telefon bimbit miliknya rosak.

“Bagaimanap­un, wanita terbabit tidak muncul dan pada masa sama seorang lelaki memarahi mangsa sehingga tercetus pertengkar­an,” katanya di sini semalam.

Lelaki terbabit tidak ber- puas hati terhadap mangsa kemudian memanggil beberapa orang rakannya dan bertindak menyerang mangsa.

Rakan suspek turut bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kenderaan milik mangsa menggunaka­n batang penceduk tanah dan kayu.

Semua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu dan direman empat hari sehingga 8 September ini.

Polis turut mengesan seorang lagi suspek masih bebas bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia