Utusan Borneo (Sarawak)

Gargoyles muncul juara Kejohanan Dart Terbuka

-

KUCHING: Pasukan Gargoyles muncul juara Kejohanan Dart Terbuka Beregu BGS 2017 (Piala Dr Abdul Rahman Junaidi) selepas menewaskan pencabarny­a, Playcrew RR dalam saingan akhir kejohanan itu di Sarawak Plaza kelmarin.

Kejayaan mengatasi lawan membolehka­n wakil dari Mukah itu membawa pulang habuan wang tunai RM2,000 berserta pingat.

Sementara itu, Playcrew RR tidak berputih mata apabila turut pulang dengan hadiah wang tunai RM1,000 dan pingat.

Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing diduduki pasangan beregu Metz dan DX Brothers.

Kejohanan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Dart Boyan Gersik Sourabaya (BGS), Persatuan Dart Kuching dan Pergerakan Pemuda PBB Kampung Sourabaya dengan kerjasama Sara Urusharta Sdn Bhd.

Sebanyak 61 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan dua hari itu bermula 2 September lalu.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Kejohanan itu bagi meningkatk­an kemahiran bermain dart di samping mencungkil bakatbakat baharu dalam sukan dart yang kini semakin popular di Sarawak.

Selain itu, penganjura­n edisi keempat tersebut telah melalui pembaharua­n yang baik dengan menarik penyertaan dari luar Kuching termasuk Bintulu, Mukah dan Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia