Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI WARGA EMAS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG 4WD

-

SIBU: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang­inya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Sibu-Bintangor petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Philip John Karim, 62, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 3 petang.

Semasa kejadian, pemandu 4WD, 37, dikatakan sedang bergerak ke arah Jalan Paradom menghala ke pusat bandar bertembung dengan motosikal yang ditunggang­i mangsa dari arah bertentang­an.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Siasatan awal polis trafik mendapati motosikal terbabit dipercayai memasuki lorong bertentang­an.

Mayat mangsa telah dibawa ke Bilik mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kemalangan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Di BINTULU, seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal yang ditunggang­inya dipercayai memasuki laluan bertentang­an dan dirempuh sebuah lori di Batu 36 Jalan Bintulu-Miri semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John berkata kemalangan berlaku apabila mangsa Bacha Rahman berasal dari Pakistan dipercayai gagal mengawal motosikal sehingga memasuki laluan bertentang­an sekitar jam 2.20 petang.

Ekoran itu, sebuah lori yang dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah bandar Bintulu tidak sempat mengelak lalu merempuhny­a sehingga menyebabka­n mangsa terperosok di bawah lori tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa kerana gagal mengawal motosikaln­ya lalu memasuki laluan bertentang­an dan dirempuh sebuah lori yang datang dari arah hadapan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Bingkok dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, siasatan telah dijalankan di tempat kejadian sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

“Pemandu lori berusia 34 tahun dan berasal dari Bintangor dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes tersebut kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MALANG TIDAK BERBAU: Keadaan lokasi kemalangan motosikal bertembung 4WD di Jalan SibuBintan­gor, petang semalam.
MALANG TIDAK BERBAU: Keadaan lokasi kemalangan motosikal bertembung 4WD di Jalan SibuBintan­gor, petang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia