Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kelaka, Simunjan

-

SIMUNJAN: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kelaka di sini dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.48 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan tiba di lokasi kejadian pada jam 11.55 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati kebakatan melibatkan sebuah rumah berstruktu­r tidak kekal telah terbakar sepenuhnya dan pihak bomba melakukan ‘fire break’ kerana jarak antara rumah-rumah sangat rapat.

“Mujur semasa kejadian terdapat beberapa anggota bomba ‘off duty’ berada di kawasan berdekatan dan terus membantu memadam ke- bakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 1 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Setelah selesai kerja-kerja pemadaman serta mengambil maklumat daripada mangsa kebakaran dan keadaan di lokasi didapati selamat, anggota dari BBP Simunjan seterusnya berangkat balik ke balai,” katanya.

Difahamkan, seramai enam orang dewasa mendiami rumah tersebut iaitu seorang lelaki dan lima wanita.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.

Sementara itu di Kuching, sebuah kereta ditemui terbakar berdekatan Kampung Semariang sebelum berjaya dipadam anggota dari BBP Petra Jaya sekitar jam 12.40 tengah hari semalam.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta yang tiada nombor pendaftara­n dan juga tiada pemiliknya ditemui di tempat kejadian iaitu bersebelah­an dengan bengkel kejurutera­an bomba.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada melibatkan kecederaan serta kematian,” kata jurucakap JBPM.

 ??  ?? TERBAKAR: Keadaan api yang marak meranapkan sebuah rumah di Kampung Kelaka, Simunjan semalam.
TERBAKAR: Keadaan api yang marak meranapkan sebuah rumah di Kampung Kelaka, Simunjan semalam.
 ??  ?? MUSNAH: Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran kereta tersebut.
MUSNAH: Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran kereta tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia