Utusan Borneo (Sarawak)

Polis buru tiga lelaki rompak kedai 24 jam

Suspek bersenjata parang, kayu larikan rokok dan wang tunai dalam insiden awal pagi

-

KUCHING: Tiga lelaki kini menjadi buruan polis selepas dikatakan merompak sebuah kedai 24 jam di Jalan Stutong di sini dan melarikan beberapa kotok rokok berjenama dan wang tunai awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u anggaran nilai keseluruha­n kerugian mencecah RM500 dan kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi.

“Satu rompakan di kedai 24 jam melibatkan tiga suspek bersenjata­kan parang dan kayu di mana suspek telah melarikan wang dan rokok dengan anggaran kerugian keseluruha­n mencecah RM500.

“Polis kini sedang berusaha menjejaki suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menyalurka­n kepada pihak polis,” katanya di sini semalam.

Tambahnya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Di SIBU, tindakan seorang lelaki tidur dalam kereta mengundang padah apabila beliau dipercayai disamun oleh seorang lelaki tidak dikenali awal pagi kelmarin.

Menurut sumber, mangsa terlalu mabuk dan tidak mampu memandu keretanya pulang ke rumah nekad tidur dalam kereta dekat sebuah kedai kopi di Jalan Tuanku Osman di sini, sekitar jam 5 pagi.

Katanya, seorang lelaki tidak dikenali tiba- tiba membuka pintu kereta dan memaksanya menyerahka­n semua barangan peribadi termasuk sebuah telefon bimbit dan wang tunai.

Suspek dikatakan melarikan

Polis kini sedang berusaha menjejaki suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menyalurka­n kepada pihak polis. ACP Abang Ahmad Abang Julai Ketua Polis Daerah Kuching

diri selepas mendapat habuan RM100. Mangsa kemudian membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia