Utusan Borneo (Sarawak)

I-CATS terima kunjungan SMK Meradong

-

KUCHING: Seramai 75 pengawas asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Meradong bersama 15 guru pengiring mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di Jalan Stampin Timur, baru-baru ini.

Ketibaan rombongan terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas itu disambut oleh para pegawai i-CATS.

Antara lokasi sekitar kampus i- CATS yang dilawat rombongan SMK Meradong berkenaan termasuk dapur kulinari, contoh bilik hotel (mock hotel room), perpustaka­an dan sebagainya.

Menurut Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Meradong, Roslina Ain Farhana Abdullah yang juga merupakan ketua rombongan, tujuan lawatan sambil belajar ke i-CATS adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta rombongan secara langsung kepada pelbagai kursus diploma dan ijazah yang dijalankan di i-CATS.

“Ini secara tidak langsung akan merangsang motivasi mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang selain membentuk sahsiah diri serta bakat kepimpinan di dalam diri masing-masing,” katanya dalam satu kenyat- aan, semalam.

SMK Meradong adalah dalam rangka lawatan ke beberapa institusi pengajian tinggi serta tempat tumpuan ramai di sekitar Kuching dan Samarahan.

Maklumat lanjut berhubung PPKS/i-CATS boleh diperolehi di laman sesawang www. ppks.edu.my atau www.icats. edu. my atau juga melalui aplikasi WhatsApp di talian 019- 8274198 ( PPKS) dan 019- 8164198/ 019- 8554198 (i-CATS).

 ??  ?? LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Rombongan SMK Meradong bergambar bersama pegawai-pegawai i-CATS, baru-baru ini.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Rombongan SMK Meradong bergambar bersama pegawai-pegawai i-CATS, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia