Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand setuju permintaan Yangon rujuk Rohingya sebagai ‘Benggali’

-

BANGKOK: Thailand bersetuju dengan permintaan Myanmar’untuk merujuk kumpulan minoriti Rohingya di negara jiran itu sebagai ‘Benggali,’ menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan semalam.

Permintaan itu dibuat oleh Myanmar semasa lawatan Pemerintah Tertinggin­ya Jen Min Aung Hlaing ke Bangkok untuk mesyuarat Jawatankua­sa peringkat Tinggi (HLC) minggu lepas.

“Benggali, berikutan lawatan pemerintah tertinggi Myanmar Jen Min Aung Hlaing ke sini (minggu lepas), mereka meminta kami memanggil (merujuk) komuniti ( Rohingya) sebagai Benggali,” kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan Thailand berhubung permintaan Myanmar.

Ketika ditanya sama ada kerajaan Myanmar memberitah­u sebab bagi membuat permintaan itu, Prawit yang juga Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu dan cuma berkata, “Itu alasan mereka, bagaimana saya tahu.”

Komuniti Rohingya menentang sebarang percubaan terutama dari kerajaan Yangon untuk memanggil mereka “Benggali”, yang merujuk kumpulan minoriti itu sebagai pendatang dari Bangladesh walaupun kebanyakan daripada mereka tinggal di Myanmar sejak beberapa generasi.

Aung Hlaing, yang mengepalai “Tatmadaw” atau tentera Myanmar seperti dikenali berada di Thailand minggu lepas untuk menghadiri mesyuarat HLC antara kedua-dua angkatan tentera.

Semasa di Thailand, beliau juga bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o- cha dan memberi taklimat mengenai situasi terkini di Negeri Rakhine, menurut media tempatan yang melaporkan mengenai mesyuarat tersebut beberapa hari lalu.

Aung Hlaing melakukan lawatan ke Thailand ketika insiden mengenai keganasan terbaharu di Negeri Rakhine meningkat dan menurut laporan keganasan itu menyebabka­n pelarian termasuk beriburibu pelarian termasuk wanita dan kanak- kanak menyeberan­gi sempadan dan berlindung di kem-kem pelarian dekat sempadan MyanmarBan­gladesh.

“Tatmadaw” yang mempunyai m empunyai pengaruh yang kuat ke atras kerajaan telah dipersalah­kan bagi kekejaman ke atas masyarakat Rohingya.

Sementara itu, Prawit berkata beliau yakin bahawa pelarian Rohingya tidam akan menyeberan­gi sempadan Thailand untuk melarikan diri daripada kegenasan terbaharu tetapi sebaliknya akan memasuki sempadan Bangladesh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia