Utusan Borneo (Sarawak)

Perancang perkahwina­n akan bayar ganti rugi kepada pelanggan

-

KLANG: Syarikat perancang perkahwina­n, Zurin Jundi akan membayar ganti rugi kepada pelanggann­ya yang tidak menerima perkhidmat­an memuaskan atas faktor kecuaian, kata peguamnya Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.

Beliau berkata anak gua- mnya yang menjalanka­n perniagaan selama 10 tahun akan menyusun jadual pembayaran secara berkala kepada 91 pelanggan terlibat, rata- ratanya bakal pengantin.

“Kami sekali lagi meminta maaf di atas kesalahan yang tidak disengajak­an dan berjanji untuk mem- bayar setiap ganti rugi kes- kes kecuaian yang telah berlaku,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri pengasas syarikat perancang perkahwina­n itu di sini semalam.

Muhamad Akmal Arif mengulas laporan media berhubung puluhan bakal pengantin mendakwa diperdaya menerusi pakej perkahwina­n ditawarkan syarikat berkenaan, yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Kejadian mereka ‘menyerbu’ syarikat itu tular di media sosial berikutan dakwaan kegagalan syarikat perancang perkahwina­n itu memenuhi tawaran pakej dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwina­n.

Muhamad Akmal Ariff berkata pemerhatia­n awal pihaknya mendapati syarikat yang beroperasi sejak 2007 disabotaj beberapa individu dan pihaknya akan memfailkan saman sivil ke atas lima hingga enam individu yang dipercayai mensabotaj perniagaan sehingga menjejaska­n nama baik syarikat perancang perkahwina­n itu.

Berikutan kes itu, pemilik syarikat perancang perkahwina­n itu direman dua hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia