Utusan Borneo (Sarawak)

Rohingya: Wisma Putra panggil Duta Myanmar

-

PUTRAJAYA: Wisma Putra semalam memanggil Duta Myanmar ke Malaysia U Sein Oo untuk melahirkan rasa kurang senang Malaysia mengenai situasi terbaharu di negeri Rakhine.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan semalam berkata Malaysia amat bimbang mengenai keganasan yang berterusan ke atas masyarakat Rohingya di negeri Rakhine.

Beliau berkata negara anggota ASEAN telah berkali-kali menggesa Myanmar mencari penyelesai­an terhadap isu itu secara aman, tetapi negara tersebut tidak menunjukka­n kesediaan atau keinginan untuk berbuat demikian.

“Walaupun kerajaan Myanmar telah memberi jaminan untuk melaksanak­an langkah- langkah bagi menyelesai­kan masalah itu, insiden baru-baru ini seperti dilaporkan secara meluas oleh media menunjukka­n bahawa tidak banyak kemajuan, jikapun ada, dicapai” kata beliau.

Memandangk­an perkembang­an ini, Anifah berkata Malaysia percaya isu keganasan dan diskrimina­si yang berterusan terhadap komuniti Rohingya harus dibawa ke forum antarabang­sa yang lebih tinggi untuk dibincangk­an.

Anifah juga berkata sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan yang memperjuan­gkan prinsip hak asasi manusia, masyarakat antarabang­sa meletakkan harapan yang tinggi kepada Aung San Suu Kyi untuk mewujudkan keamanan dan perdamaian di Myanmar.

“Malaysia berharap bahawa beliau dapat memenuhi harapan ini tidak lama lagi,” kata beliau.

Media antarabang­sa melaporkan bahawa keganasan yang dilakukan oleh pasukan keselamata­n Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya baru-baru ini di Rakhine adalah salah satu yang paling buruk dalam sejarah dengan lebih 90,000 daripada mereka melarikan diri ke Bangladesh dan sesetengah daripada mereka terkandas di kawasan pergununga­n tanpa apa- apa bekalan asas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia