Utusan Borneo (Sarawak)

SAGROTEK, TKPM pemangkin lebih banyak kawasan pertanian

-

KUCHING: Pusat Latihan Pertanian Agroteknol­ogi SABERKAS (SAGROTEK) dan Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) akan dijadikan sebagai pemangkin untuk membangunk­an lebih banyak lagi kawasan pertanian di negeri ini pada masa akan datang.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak ( SABERKAS) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kedua-dua projek yang diusahakan SABERKAS itu sangat penting untuk membantu membangunk­an belia khususnya dalam bidang pertanian.

Menurut beliau, TKPM yang dijalankan bersama Jabatan Pertanian di tapak seluas kira-kira 219 hektar tanah di Kebuloh, Miri kini sudah beroperasi dan telah melahirkan usahawan-usahawan pertanian yang berjaya.

“Setakat ini, seramai 45 peserta SABERKAS telah meraih pendapatan yang tinggi hasil daripada pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijalankan di TKPM,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SABERKAS Sarawak Ke50 yang dipengerus­ikan oleh Presiden SABERKAS Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Manakala bagi SAGROTEK, beliau berkata projek yang terletak di tapak pertanian Paya Paloh, Kota Samarahan itu masih belum beroperasi.

Katanya, projek yang menelan kos lebih sejuta ringgit itu adalah untuk melatih belia SABERKAS menggunaka­n teknologi baharu dalam bidang pertanian.

Namun demikian, beliau berkata sejak dimulakan tiga tahun lepas, ia kini baharu sahaja siap dibina infrastruk­tur asas iaitu pejabat dan bangunan untuk latihan.

“Pada masa ini, kita ada 12 ekar tanah untuk memulakan aktiviti pertanian berteknolo­gi tinggi,” katanya.

Dr Abdul Rahman menambah, Abang Johari turut memberi perhatian serius terhadap projek tersebut.

Justeru, katanya SABERKAS akan melantik seorang pengurus dan menubuhkan jawatankua­sa khas negeri untuk mengendali­kan SAGROTEK.

“Apabila SAGROTEK sudah beroperasi nanti, kami merancang membuka kawasan seluas 48 ekar di Paya Paloh untuk memulakan pertanian berteknolo­gi tinggi dan moden,” katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden SABERKAS Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Naib Presiden SABERKAS Datuk Lee Kim Shin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia