Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP kumpul 4,000 cap jari untuk Kempen ThumbsUp4M­y

-

SARIKEI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedang berusaha mengumpul 4,000 cap jari rakyat pelbagai kaum di seluruh negeri ini untuk Kempen ThumbsUp4M­y bagi menyemarak­kan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Menurut Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda SUPP Negeri Teng Ung Woo, Sarawak merupakan antara negeri yang menyertai kempen anjuran MCA itu yang bertujuan mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan menghasilk­an Jalur Gemilang daripada 60,000 cap jari menerusi kempen itu.

Beliau berkata, sejak memulakan program tersebut di Kuching, Miri,Sibu dan Sarikei sejak awal bulan ini, lebih 3,000 cap jari sudah berjaya dikumpul.

“Kami yakin sasaran mengumpul 4,000 cap jari akan dapat dicapai selewat- lewatnya esok (hari ini) walaupun tarikh akhir ditetapkan pada 9 September.

“Semua cap jari dicetak pada kanvas khas berukuran 60cm x 60cm dan dengan warna-warna Jalur Gemilang.

“Selain itu butiran pemilik setiap cap jari juga kami rekodkan. Apabila sudah capai sasaran kami akan hantar kepada pihak MCA (penganjur kempen itu) untuk tindakan seterusnya,” katanya semasa dihubungi BERNAMA.

Teng yang juga setiausaha politik Ketua Menteri Sarawak berkata sambutan yang amat menggalakk­an daripada orang ramai sama ada di bandar, kampung, rumah panjang atau sekolah membolehka­n sasaran dicapai dalam tempoh singkat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia