Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS masih perlukan kepimpinan Abg Johari

Beliau diharap tidak akan melepaskan jawatan presiden SABERKAS pada Mesyuarat Agung Tritahunan nanti

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg diharap tidak akan melepaskan jawatan presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak ( SABERKAS) pada Mesyuarat Agung Tritahunan nanti.

Menurut Timbalan Presiden SABERKAS Datuk Roland Sagah Wee Inn, semua ahli SABERKAS diyakini masih mahukan beliau kekal memimpin pertubuhan belia terbesar itu.

“Saya percaya semua ahli masih mahukan Datuk Amar sebagai presiden dan berharap beliau tidak akan melepaskan jawatan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SABER- KAS Sarawak Ke-50 yang dipengerus­ikan Abang Johari di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Terdahulu, Sagah berkata Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS dijadual diadakan pada 14 hingga 16 Oktober depan di sini, yang dijangka dihadiri kira-kira 430 orang.

Katanya ia merangkumi seramai 186 delegasi dan 148 pemerhati dari seluruh cawangan termasuk ahli jawa- tankuasa eksekutif SABERKAS Negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi berkata dalam mesyuarat peringkat cawangan di seluruh negeri pada tahun lepas, kesemua cawangan telah mengemukak­an usul yang salah satunya ialah mencadangk­an agar Abang Johari kekal sebagai presiden.

“Maka pada Mesyuarat Agung Tritahunan SABER- KAS Negeri pada Oktober nanti, sudah pasti semua delegasi akan menyokong Ketua Menteri kekal menjadi presiden,” katanya sambil menjelaska­n bahawa tempoh sepenggal presiden SABERKAS adalah selama tiga tahun.

Beliau berkata sejak ditubuhkan 44 tahun lalu, SABERKAS kini mempunyai 62 cawangan di seluruh negeri ini, termasuk 415 unit SABERKAS dan lima Kelab SABERKAS di institusi pengajian tinggi iaitu UiTM, UNIMAS, Asia Metropolit­an, i-CATS dan Swinburne.

Justeru, katanya gabungan tersebut telah merekodkan keahlian baharu SABERKAS seramai 38,919 orang manakala jumlah ahli lama adalah seramai 100,010 orang.

Saya percaya semua ahli masih mahukan Datuk Amar sebagai presiden dan berharap beliau tidak akan melepaskan jawatan. Datuk Roland Sagah Wee Inn Timbalan Presiden SABERKAS

 ??  ?? PENERAJU SABERKAS: Abang Johari ketika hadir mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SABERKAS Sarawak Ke-50 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam. Turut kelihatan Sagah (kiri).
PENERAJU SABERKAS: Abang Johari ketika hadir mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SABERKAS Sarawak Ke-50 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam. Turut kelihatan Sagah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia