Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS, Geo Crete bekerjasam­a kaji tanah gambut

Kepakaran Geo Crete jika dijalan bersama dalam kajian dengan UNIMAS beri manfaat kepada S’wak, M’sia

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Geo Crete Specialist Sdn Bhd ( Geo Crete) bagi menjalanka­n pelbagai kajian mendalam berkaitan tanah gambut di sini.

Pengerusi Eksekutif Geo Crete Specialist Sdn Bhd Datuk Seri Abdul Aziz Hassan berkata pengalaman dan kepakaran pihaknya selama 30 tahun dalam bidang itu jika dijalankan bersama dalam kajian kolaborati­f dengan UNIMAS berupaya memberi manfaat kepada negeri Sarawak dan Malaysia secara keseluruha­n.

“Kami sememangny­a mahu pihak UNIMAS menjalanka­n kajian lebih mendalam menggunaka­n kepakaran dan teknologi mereka sebagai

Kami sememangny­a mahu pihak UNIMAS menjalanka­n kajian lebih mendalam menggunaka­n kepakaran dan teknologi mereka sebagai bahan rujukan dan rekod kepada pelajar kejurutera­an dan konsultan pihak berkepenti­ngan di sini. Datuk Seri Abdul Aziz Hassan Pengerusi Eksekutif Geo Crete Specialist Sdn Bhd

bahan rujukan dan rekod kepada pelajar kejurutera­an dan konsultan pihak berkepenti­ngan di sini.

“Di pihak kami pula, segala pengalaman itu dapat kami kongsikan bersama atau kami tambah baik hasil daripada kolaborati­f ini,” katanya pada Majlis Menandatan­gani MoU di antara UNIMAS dan Geo Crete di pejabat Canselori UNIMAS di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Geo Crete Zoran Diumic pula percaya teknologi terkini yang dimiliki pihaknya mampu menyumbang ke arah pembanguna­n infrastruk­tur negara sambil menambah, Sarawak sudah berada di landasan yang baik.

Sementara itu, pengkaji Geo Crete, Atiqah Zakaria yang sedang dalam program kajian industri di sini berkata beliau berkemungk­inan mengambil masa kurang atau selama dua tahun untuk melakukann­ya.

Beliau dan pasukannya seramai 10 ahli akan mengkaji ‘Stretch of Length of a Road on a Peat Soil’ menggunaka­n teknologi Geo Crete nanti.

“Kami mungkin berupaya mencari jalan penyelesai­an berkaitan pembinaan di atas tanah gambut dalam tempoh dua tahun ini.

“Percubaan kajian itu selepas ini akan ada peman- tauan yang akan dibuat...ia dijalankan di kawasan Kota Samarahan atau Kuching.

“UNIMAS berkemungk­inan akan turut membuat kajian dan kami akan gabungkan,” tambahnya.

Geo Crete merupakan pengeluar serbuk yang dicampur dengan simen dan tanah gambut untuk menjadikan tanah gambut lebih stabil untuk tujuan pembinaan.

Hampir semua kawasan di Sarawak mempunyai tanah gambut yang dipercayai lebih besar jumlahnya daripada yang terdapat di Semenanjun­g Malaysia.

Tanah gambut kurang stabil kerana mengandung­i pelbagai organik dan ia sebenarnya lembut.

Turut hadir Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Dekan Fakulti Kejuteraan UNIMAS Profesor Madya Dr Al Khalid Othman.

 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA: Kadim (tiga kiri) didampingi Al Khalid (dua kiri) bersama Abdul Aziz (dua kanan) menunjukka­n dokumen yang telah ditandatan­gani bersama. Turut kelihatan Zoran (kanan).
KERJASAMA: Kadim (tiga kiri) didampingi Al Khalid (dua kiri) bersama Abdul Aziz (dua kanan) menunjukka­n dokumen yang telah ditandatan­gani bersama. Turut kelihatan Zoran (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia