Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Pertanding­an Reka Cipta Logo Bank Pembanguna­n S’wak

-

KUCHING: Orang ramai dipelawa menyerlahk­an kreativiti masing-masing dengan menyertai Pertanding­an Reka Cipta Logo Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS).

Pertanding­an itu diadakan atas saranan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sempena pelancaran DBOS, sebagai program kesedaran dan penglibata­n awam mengenai penubuhan dan kreativiti warga Sarawak dalam mencipta logo institusi kewangan pembanguna­n pertama milik negeri ini.

Menurut satu kenyataan semalam, reka cipta mestilah asli simplistik dan profesiona­l serta mempunyai perkataan DBOS dan nama penuh Developmen­t Bank of Sarawak dan tidak mengandung­i unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggun­g mana-mana pihak.

Selain itu, reka cipta hendaklah menggunaka­n warna-warna yang mempamerka­n ciri-ciri keunggulan serta hendaklah menggunaka­n grafik komputer dalam bentuk ‘soft-copy’ menggunaka­n format JPEG resolusi minimum 1280X960 dan dihantar dalam saiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) secara atas talian.

Semua logo yang diterima oleh jawatankua­sa penganjur akan menjadi hak milik kerajaan Negeri dan pihak urus setia berhak meminda mana-mana bahagian logo.

Setiap penyertaan mesti disertakan dengan keterangan mengenai reka bentuk logo dan warna yang digunakan.

Reka bentuk logo hendak- lah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masingmasi­ng.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga Sarawak berumur 18 tahun ke atas dan peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, namun hanya satu logo sahaja dipilih sebagai pemenang utama.

Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta sijil penyertaan. Lima pemenang sagu hati masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil penyertaan.

Keputusan akan diumumkan melalui surat atau telefon dan keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Para peserta dikehendak­i menghantar penyertaan selewat-lewatnya pada 29 September 2017 menerusi e-mel samuel. s@ sarawak. gov. my; joachipj@sarawak.gov. my; azirasm@sarawak.gov. my;jennyvee@sarawak.gov. my; rinom@sarawak.gov.my dan norazahm@sarawak.gov. my.

Penyertaan juga boleh dikemukaka­n ke alamat Urus Setia, Pertanding­an Mencipta Logo Developmen­t Bank of Sarawak (DBOS), Unit Protokol dan Perhubunga­n Awam Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 8, Wisma Bapa Malaysia, 93502 Petra Jaya, Kuching.

Borang penyertaan boleh didapati di alamat urus setia berkenaan di atas atau dimuat turun daripada laman web Kerajaan Negeri Sarawak iaitu www.sarawak.gov.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia